Oleh Ritah Yahaya
23 Mei 2022, 14:43

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Xsolla, sebuah syarikat perdagangan permainan video global mengumumkan untuk mengembangkan cara penyelesaian pengedaran mudah alihnya dan digitalnya, demi menawarkan lebih banyak peluang kepada pembangun di Malaysia untuk melancarkan dan mengembangkan permainan mereka di seluruh dunia.

Selain itu, Xsolla memperkenalkan ciri pembayaran baharu untuk membantu para pembangun mempromosikan jenama mereka melalui jualan dan pengedaran NFT. NFT masih merupakan sesuatu yang agak baharu di Malaysia. Namun, NFT menampakkan permulaan yang menggalakkan. Hal ini memandangkan sebanyak 23.9% pengguna Internet di Malaysia kini memiliki NFT.

Demikian menurut data penyelidikan Finder.com. Finder meninjau sebanyak 28 000 individu daripada 20 buah negara melalui tinjauan secara dalam talian bagi membandingkan tahap pemilikan NFT yang menunjukkan Malaysia berada di tangga ketiga dari segi pengambilan NFT.

Melalui ciri baharu NFT, Xsolla menawarkan peluang yang lebih bagus kepada para pembangun di Malaysia untuk menjanakan pendapatan melalui jenama mereka, memandangkan NFT dianggap satu cara untuk menghasilkan aset digital unik yang boleh mewakili pemilikan kedua-dua aset dunia nyata dan digital.

“Xsolla komited menyediakan perkhidmatan dan sokongan terbaik kepada para pembangun dunia, untuk membantu mereka menjangkau lebih banyak pemain di kawasan geografi yang lebih luas,” kata Chris Hewish, Presiden Xsolla.

“Kami akan terus membangunkan ciri baharu untuk menangani cabaran utama dari segi pemasaran, pelancaran dan penjanaan pendapatan melalui permainan video. Di samping itu, kami akan mengemukakan lebih banyak tawaran pada tahun 2022 yang akan memberikan kelebihan kepada rakan-rakan kongsi kami dalam pasaran permainan yang sentiasa berkembang.”

Penyelesaian pengedaran mudah alih dan digital mereka yang diperluas adalah seperti yang berikut:

  • Analitis Terkembang
  • Promosi Unik
  • Pengurusan Langganan
  • NFT Checkout

Analitis Terkembang

Pembangun boleh menghasilkan corong telus yang akan meningkatkan kecekapan dalam menarik pemain baharu ke Kedai Web mereka. Ini akan membantu para pembangun memahami pengalaman pemain dalam talian dan menentukan tempat dan cara para pengguna bermain.

Promosi yang Unik

Komponen terbina dalam ini membantu pembangun bermanfaat daripada pembelian dalam

aplikasi melalui Kedai Web mereka. Semasa dalam talian, pembangun boleh menawarkan

tawaran promosi dan melancarkan kempen diskaun, tawaran kod promosi dan bonus bagi meningkatkan jualan dan menarik pemain baharu ke dalam talian.

Pengurusan Langganan

Untuk membantu pembangun menjual katalog barangan digital yang lengkap di Kedai Web mereka, Xsolla memperkenalkan ciri langganan yang mantap yang membantu pembangun menarik dan mengekalkan pelanggan baharu, mewujudkan kesetiaan, menjanakan pendapatan yang stabil, dan menguruskan langganan dengan keyakinan.

Untuk maklumat lanjut mengenai Kedai Web Xsolla, sila layari: https://xsolla.com/solution/web-shop-for-mobile-games

NFT Checkout

Xsolla telah menyediakan proses NFT Checkout agar pembangun boleh menambahkan NFT ke dalam permainan mereka dengan cepat dan selamat. Ciri ini akan membolehkan pemain membuat pembelian melalui kaedah pembayaran kegemaran mereka. Pembangun akan mengendalikan penempaan dan penghantaran NFT, manakala Xsolla mengendalikan proses pembayaran dan pengedaran barangan dalam permainan.

Untuk maklumat lanjut mengenai NFT Checkout, sila layari:https://xsolla.com/solution/payments/nft-checkout

 

Hab Pengedar Digital

Hab Pengedaran Digital Xsolla menghubungkan permainan ke rangkaian aplikasi global, Pembekal Khidmat Internet (ISP), bank dan saluran lain untuk membantu pembangun menjangkau pemain dan menjanakan pendapatan daripada setiap transaksi.

Cara penyelesaian baharu ini memperkasakan pemain untuk menerokai dan menyokong permainan kegemaran mereka melalui pengalaman berbilang platform yang dioptimumkan, di samping membenarkan mereka membayar mengikut cara dan masa yang diingini oleh mereka.

Pembangun kini boleh bermanfaat daripada penembusan pasaran dan kesedaran jenama yang dipertingkat melalui saluran pengedaran seperti aplikasi hebat, aplikasi perbankan dalam talian dan pasaran pembawa mudah alih.

Dengan adanya Hab Pengedaran Digital, permainan anda bolemenjangkau pengguna baharu yang ramai, menjimatkan kos pengedaran, serta meningkatkan pendapatan dan penglibatan keseluruhan.

Untuk maklumat lanjut mengenai Hab Pengedaran Digital, sila layari: https://xsolla.com/products/digital-distribution-hub

Xsolla akan mengemukakan cara-cara penyelesaian ini dan banyak lagi melalui beberapa acara dalam enam bulan yang akan datang, termasuk GamesBeat Summit 2022, Pocket Gamer Connects Seattle, Nordic Game Show, Pocket Gamer Toronto, China Joy dan gamescom.

Sila mendaftar untuk bertemu dengan para pakar di Xsolla dengan melayari: https://xsolla.com/events.

Mengenai Xsolla

Xsolla adalah syarikat dagangan permainan video terkemuka dunia, dengan satu set alatan dan perkhidmatan yang teguh dan berkuasa yang direka khas untuk industri permainan. Sejak penubuhannya pada tahun 2005, Xsolla membantu beribu-ribu pembangun permainan dan penerbit daripada berbagai-bagai saiz untuk mempromosi dan mengaut keuntungan daripada permainan mereka pada peringkat global dan merentas pelbagai platform. Sebagai pemimpin yang berinovatif dalam dagangan permainan, Xsolla menyambung usaha berterusannya untuk menyelesaikan kompleksiti yang sedia wujud dalam bidang pengedaran, pemasaran, dan penjanaan keuntungan pada peringkat global supaya rakan kongsi mereka boleh mengembangkan jumlah penonton, penglibatan, dan pendapatan mereka.

Dengan pejabat di seluruh dunia, Xsolla pada masa ini sedang bekerja bersama-sama entiti permainan utama seperti Valve, Twitch, Roblox, Ubisoft, Epic Games, Take-Two, KRAFTON, Nexters, NetEase, Playstudios, Playrix, miHoYo, dan banyak lagi.

Untuk maklumat tambahan, sila lawati xsolla.com.

Xsolla LinkedIn: https://www.linkedin.com/company/xsollaTwitter: https://twitter.com/xsolla

 

 

 

 

Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Content is protected !!