23 Mei 2022, 08:51

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang
Kuala Lumpur – MSM Malaysia Holdings Bhd (MSM Malaysia) meminta kerajaan menyemak semula harga gula dalam keadaan isu tekanan kos yang berterusan. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MSM Malaysia, Syed Feizal Syed Mohammad berkata tiada garis masa dalam hal itu dan menyerahkan kepada kerajaan untuk memutuskannya.

Walau bagaimanapun, beliau berkata semakan semula itu perlu dilakukan sewajarnya. “Jaminan kami adalah untuk negara dan rakyat, namun pada masa yang sama, kami juga perlu menjalankan operasi yang meraih keuntungan. “Kami sedang dalam perundingan dengan kerajaan agar mereka memahami tekanan kos kami, (daripada) penghantaran barangan muatan, tenaga gas dan pergerakan pertukaran asing.” 

Beliau menambah, kilang penapisan gula akan terus beroperasi untuk keselamatan makanan di negara ini. Beliau turut menambah impak kenaikan harga gula dijangka tidak memberikan kesan yang ketara kepada isi rumah. Harga gula bertapis telah dinaikkan sebanyak 11 sen pada tahun 2017, manakala pengurangan harga sebanyak 10 sen bagi setiap sekilogram diumumkan pada tahun 2018 dan menyebabkan kenaikan satu sen pada tahun 2011.
Pada ketika ini, harga runcit gula putih kasar ialah RM2.85 sekilogram.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Content is protected !!