23 Mei 2022, 10:04

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang
Kuala Lumpur – Pharmaniaga Bhd (Pharmaniaga) mencatatkan keuntungan bersih lebih tinggi sebanyak RM27.73 juta bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2022 daripada RM23.14 juta setahun lalu. Pharmaniaga dalam makluman kepada Bursa Malaysia menyatakan bahawa pendapatan meningkat 21% kepada RM962.17 juta daripada RM793.50 juta setahun lepas disebabkan pertumbuhan yang kukuh merentas konsesi kumpulan dan perniagaannya di Indonesia selepas aktiviti perniagaan disambung semula berikutan kes COVID-19 semakin berkurangan.
“Kumpulan itu mengukuhkan operasi perniagaannya di Indonesia dan akan merombak model perniagaan semasa cabang logistik dan pengedarannya, PT Millennium Pharmacon International Tbk dan meningkatkan portfolio produk cabang pembuatan, PT Errita Pharma. “Kumpulan itu memberi tumpuan untuk menggandakan hasil bagi bahagian Indonesia Menerusi rancangan perniagaan dan pemasaran strategik tersebut.” 
Kumpulan itu menyatakan bahawa penyusunan semula perniagaannya di Indonesia untuk meningkatkan kecekapan operasi melalui latihan pengoptimuman saham dan kutipan pembayaran yang agresif telah menghasilkan pemulihan yang pantas. Selain itu, kumpulan itu turut menyatakan pihaknya sedang dalam proses memuktamadkan perjanjian lanjutan kontrak logistik dan pengedaran dengan Kementerian Kesihatan yang dijadualkan siap menjelang suku ketiga tahun 2022.
Pembangunan vaksin halal dan kemudahan insulin pertama di dunia kumpulan itu berada di landasan yang betul untuk dikomersialkan menjelang tahun 2025 dan akan memanfaatkan rekod prestasinya yang terbukti cemerlang dalam pengendalian dan pengedaran vaksin. Pihaknya juga komited untuk membawa pengalaman dan kepakarannya ke negara membangun yang lain.
Kumpulan itu optimistik bagaimanpun berhati-hati terhadap pertumbuhan perniagaannya pada masa hadapan kerana menyedari sentimen pasaran global akibat konflik Rusia-Ukraine yang berlanjutan dan tekanan inflasi yang meningkat serta gangguan rantaian bekalan.
Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.