20 Mei 2022, 15:04

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang
Shah Alam- Kenaikan harga bahan mentah di pasaran dan penurunan nilai ringgit dijangka akan menyebabkan harga kenderaan di Malaysia meningkat. Presiden Persatuan Automotif Malaysia (MAA), Datuk Aishah Ahmad menyatakan bahawa masalah kekurangan bekalan cip komputer yang dihadapi oleh pengimport negara luar turut memberi kesan kepada harga kenderaan di negara ini.

“Harga logistik semua naik manakala harga wang kita pun menurun berbanding nilai matawang negara luar. Situasi itu yang meningkatkan harga pembelian bahan-bahan mentah, cukai jualan dan alat ganti kenderaan. “Bekalan cip komputer daripada luar negara pun tersangkut, sekarang ini pun susah nak dapat. “Stok (bekalan cip) tidak mencukupi, jadi itu yang akan menyebabkan pengeluaran kereta terganggu.” 

Bagaimanapun, beliau menambah bahawa keputusan itu bergantung kepada pengeluar kenderaan tempatan sama ada menaikkan harga kenderaan atau menyerap semua kos yang ditanggung. Selain itu, beliau berkata, pengecualian cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang akan tamat pada akhir Jun ini juga akan memburukkan lagi keadaan kepada pembeli.
“Cukai jualan sekarang ini ada pengecualian 100 peratus untuk kereta penumpang pemasangan tempatan (CKD) dan kenderaan penumpang pemasangan luar negara (CBU) sebanyak 50%. Itu akan berakhir pada 30 Jun pada tahun ini. “Kalau pengecualian cukai jualan itu tidak dilanjutkan, maka harga tersebut pembeli kena bayar.”
Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.