20 Mei 2022, 15:35

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Jualan kenderaan UMW Holdings Bhd merosot sebanyak 32 600 unit pada bulan lepas.  Pada bulan Mac, jualan kenderaan syarikat tersebut adalah  sebanyak 35 246 unit. Kemerosoton tersebut disebabkan oleh gangguan  pengeluaran  yang disumbangkan oleh isu rantaian bekalan yang menjejaskan industri automotif. Walau bagaimanapun, pada bulan April, momentum jualan yang kukuh  berterusan apabila UMW Toyota Motor mencatatkan jualan yang bertambah baik.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UMW, Datuk Ahmad Fuaad Kenali menyatakan walaupun terdapat banyak masalah yang dihadapi industri automotif, syarikat itu mencatatkan jualan positif untuk UMW Toyota (UMWT) dan Perodua pada bulan April 2022. Hal itu terjadi disebabkan oleh isu rantaian bekalan yang berterusan yang mengganggu pengeluaran pada bulan April.

“Kedua-dua syarikat bekerjasama rapat dengan pembekal mereka untuk meminimumkan kesan ke atas jadual pengeluaran mereka dan mempercepat penghantaran kenderaan kepada pelanggan kami. “Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada pelanggan kami atas sokongan mereka yang tidak berbelah bahagi terhadap produk dan perkhidmatan kami,”  ujar beliau.

UMWT mencatatkan jualan sebanyak 6946 unit pada bulan April 2022. Hingga kini, (YTD) April 2022, UMWT menjual sebanyak 29 393 unit, 11.2% lebih tinggi daripada 26 431 unit yang dijual dalam tempoh yang sama pada tahun 2021. Kumpulan UMW menambah, Toyota Vios, Yaris, Corolla Cross, dan Hilux adalah antara model terlarisnya pada bulan April.

“Kempen jualan berterusan untuk Hari Raya seperti ‘Bersama Lebih Bermakna’ dijangka memacu jualan,” kata beliau lagi.

 

Sementara itu, Kumpulan UMW turut menyatakan bahawa syarikat bersekutunya Perusahaan Otomotif Kedua Sdn Bhd (Perodua) mencatatkan jualan sebanyak 25 654 unit pada bulan April 2022, 4.1% lebih rendah daripada 26 759 unit yang didaftarkan pada bulan sebelumnya. Bagi empat bulan pertama 2022, Perodua menjual sebanyak 87 278 unit, 11.5% lebih tinggi daripada 78 308 unit yang didaftarkan pada tempoh yang sama 2021.

Jualan Perodua terus dipacu oleh model terlarisnya, iaitu Myvi, Axia dan Bezza. Dengan permintaan yang bertambah baik dan prospek positif bagi industri automotif di Malaysia, Perodua  menetapkan sasaran jualan yang lebih tinggi sebanyak 247 800 unit untuk tahun 2022. Jualan yang lebih tinggi akan didorong oleh pengecualian cukai jualan dan pengenalan model baharu dan dipertingkat,

 

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.