Oleh Ritah Yahaya
19 Mei 2022, 15:49

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Putrajaya – Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri
Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna melancarkan

Penggunaan Logo Barang Subsidi bertujuan supaya pengguna
lebih maklum akan subsidi yang disediakan oleh kerajaan untuk
meringankan kos sara hidup golongan sasar. Manakala, penggunaan
Logo Barang Kawalan pula bertujuan memberikan kesedaran
kepada pengguna akan hak-hak pengguna, khususnya hak ke atas
barang kawalan yang dilindungi di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961
[Akta 122]. Ini merupakan inisiatif yang dilaksanakan oleh kerajaan bagi
membendung ketirisan dan penyalahgunaan barang-barang subsidi dan
kawalan. Komoditi yang terlibat dalam projek rintis ini ialah gula, minyak
masak dan tepung Gandum.

Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna

Pada hari ini juga diadakan jualan barangan keperluan asas
(MyGrocer) di perkarangan Pejabat KPDNHEP Putrajaya. Program
Outreach Sara Hidup melalui kerjasama strategik antara Majlis Tindakan
Sara Hidup Negara dengan Kementerian Wilayah Persekutuan (MyGrocer)
ini merupakan satu inisiatif di bawah agenda kos sara hidup melalui
penjualan barangan dapur harian pengguna tanpa penglibatan orang tengah
dalam rantaian pembekalan. Harga barangan yang dijual kepada pengguna
adalah lebih rendah sebanyak, iaitu antara 5% hingga 20% daripada harga pasaran.

Hingga kini, sebanyak 56 Program Perumahan Rakyat dan
Perumahan Awam (PPR/ PA) di Lembah Klang telah mendapat manfaat
inisiatif di bawah MyGrocer ini.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.