Oleh Ritah Yahaya
18 Mei 2022, 11:23

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang
Banyak juadah yang boleh dibuat dengan roti paratha sebenarnya. Fatihah Frozen Food Sdn Bhd yang mengeluarkan produk Royale Roti Paratha (produk terlaris syarikat) memberikan idea baharu yang menarik, kepelbagaian juadah berasaskan roti paratha.
Idea dan air tangan kreatif dan inovatif pengasas dan Pengarah Urusan Fatihah Frozen Food, Puan Fatihah Anis binti Ibrahim – tokoh usahawan penghias kulit Dewan Ekonomi, Jun 2022 memberikan perspektif baharu  juadah berasaskan roti paratha boleh disediakan dan dihidangkan untuk dinikmati ramai dalam pelbagai majlis.
Fatihah Frozen Food Sdn Bhd ditubuhkan pada 12 April 1994 dan beroperasi selama lebih 25 tahun di Lot 12, Kompleks Industri Makanan MARA (KIMAR), Batu Caves, Kuala Lumpur. Fatihah Frozen Food Sdn Bhd memberikan tumpuan kepada industri pemprosesan makanan, terutamanya juadah tradisional sejuk beku yang dijual di dalam negara dan di luar negara. Objektif utama Fatihah Frozen Food adalah untuk menjadi jenama terkemuka di Malaysia yang mengeluarkan pastri Melayu asli sejuk beku.

Fatihah Frozen Food Sdn Bhd memperoleh beberapa pengiktirafan dan anugerah, antaranya termasuklah Anugerah Usahawan TEKUN Cemerlang (2013); Anugerah Inovasi Pertanian dan Industri Asas Tani Jaya Peringkat Negeri Selangor selama tiga tahun berturut-turut (2014–2016); Anugerah Inovasi (Royale Paratha Durian) Peringkat Negeri Selangor (2015); Anugerah Usahawan Cemerlang SDSI (2016); Technopreneur Award MARDI (2017); TESCO Top 10 SME Award (2016, 2017, 2018); Lulu Hypermarket Top 5 SME Award (2019), dan Penghargaan Khas Mydin (2019).

Pada 23 November 2021 yang lalu, dalam Anugerah Perdagangan Dalam Negeri (APDN 2021), Fatihah Frozen Food Sdn Bhd menerima Anugerah Perdana (PKS) Produk Terbaik; iaitu Royale Paratha Fatihah daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP). Anugerah tersebut disampaikan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob.

Pada 21 Februari 2022 dalam Anugerah Kecemerlangan Halal Dunia 2021, Fatihah Frozen Food Sdn Bhd menerima Anugerah Kecemerlangan Makanan dan Minuman Halal (PKS) daripada HDC oleh Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia YAB Dato’ Sri Mohamed Azmin Ali.

Melihat kepada trend semasa yang menunjukkan permintaan terhadap produk makanan yang cepat dan pantas, Fatihah Frozen Food Sdn Bhd cuba mempelbagaikan idea dengan menghasilkan pastri sejuk beku buatan sendiri. Pada masa ini, Fatihah Frozen Food Sdn Bhd mengeluarkan lebih daripada 20 produk pastri untuk pasaran tempatan dan antarabangsa.

Produk Fatihah Frozen Food diedarkan di pasar raya besar di seluruh Semenanjung Malaysia, antaranya termasuklah Tesco, Giant, Mydin, Lulu Hypermarket dan Segi Fresh. Fatihah Frozen Food Sdn Bhd terus berkembang dan berharap untuk mengedarkan produk Fatihah Frozen Food ke lebih banyak cawangan pasar raya besar di seluruh Malaysia.
Untuk menjadi kompetitif pada peringkat domestik dan antarabangsa, Fatihah Frozen Food Sdn Bhd berusaha menghasilkan produk yang memenuhi pengiktirafan tempatan dan global seperti Good Manufacturing Practice (GMP) dan Hazard Analysis Critical Control Points (HACPP) oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, dan HALAL oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Fatihah Frozen Food Sdn Bhd juga sedang membangunkan lebih banyak pemadanan perniagaan dengan pengimport dari negara Thai, Hong Kong, Singapura, dan Arab Saudi.

Jom, cuba! 

 

 

 

Jom, cuba!
Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.