9 Mei 2022, 11:20

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang
Kuala Lumpur – CGS-CIMB Research menjangkakan perintah larangan eksport yang dikenakan Indonesia untuk minyak sawit hanya akan bertahan selama sebulan kerana isu mereka berdepan isu logistik dan penyimpanan buah tandan segar (FFB).
Pada tahun 2021, Indonesia mengeksport 64% produk minyak sawit mereka. Harga minyak sawit mentah (MSM) di Malaysia meningkat sebanyak 10% daripada RM6775 .00satu tan pada 22 April kepada RM7469.00 satu tan pada 5 Mei 2022 selepas Indonesia mengumumkan perintah larangan eksport sementara untuk produk seperti MSM, olein sawit yang ditapis, diluntur dan dinyahbau (RBD) dan minyak sawit RBD bermula 28 April 2022.

“Seandainya, perintah larangan itu berterusan, ia akan membawa kepada kemusnahan permintaan disebabkan harga minyak sawit yang lebih tinggi akibat kekurangan bekalan di dalam pasaran. “Bagaimanapun kerjaan Indonesia tidak menetapkan sebarang tarikh khusus untuk larangan itu namun dipercayai larangan itu akan diteruskan sehingga harga minyak masak pukal mereka menurun kepada paras Rp14 000.00 (RM4.22) seliter,” katanya dalam satu nota kajian.

Firma itu menjangkakan, syarikat perladangan Malaysia akan mencatatkan pendapatan yang lebih baik untuk suku tahun pertama tahun 2022. Pertambahan pendapatan itu didorong oleh kenaikan harga purata MSM sebanyak 55% dan 4% peningkatan daripada pengeluaran MSM.
Dari suku ke suku, peningkatan 20% terhadap MSM kepada RM6051.00 satu tan akan diseimbangkan dengan kada pengeluaran yang rendah, iaitu -20 peratus dan cukai makmur yang tinggi. “Kami kekal ‘neutral’ untuk sektor itu dengan Kuala Lumpur Kepong Berhad (KLK), Genting Plantation Berhad dan Hap Seng Plantations Holding Berhad menjadi pilihan.”
Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.