5 Mei 2022, 08:18

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang
Kuala Lumpur – Selepas dua tahun tidak dibenarkan beroperasi ketika Aidilfitri, kelonggaran demi kelonggaran yang dinikmati pada tahun ini memberi sinar baharu buat pengusaha bas ekspres. Kira-kira 24 bulan menanggung kerugian, permintaan tinggi direkodkan sempena Aidilfitri pada tahun ini jauh berbeza daripada tahun lepas.
Meskipun belum dapat menutup kerugian namun keadaan itu sedikit sebanyak melegakan mereka. Yang Dipertua Persatuan Pengusaha Bas Ekspres Melayu Semenanjung Malaysia (Pembawa), Laili Ismail menyatakan bahawa tahun ini merupakan tahun kebangkitan buat semua pengusaha bas ekspres. “Saya rasa, selepas dua tahun COVID-19, tahun ini merupakan tahun kebangkitan dan tahun permulaan bagi pengusaha bas untuk bangkit semula memberi khidmat kepada masyarakat yang berulang-alik dari desa ke kota, dari kota ke desa.“Alhamdulillah, pada tahun ini kita dapat menyediakan perkhidmatan bas kepada penumpang-penumpang yang nak balik beraya sempena Aidilfitri.”

Tambahnya, lokasi menerima permintaan tertinggi ialah dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu, Kuala Lumpur ke Johor Bahru dan Kuala Lumpur ke negeri-negeri di utara.
Mengulas kerugian selama dua tahun tidak beroperasi, beliau menganggarkan kerugian kepada semua ahlinya mencecah RM500 juta.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Content is protected !!