4 Mei 2022, 07:50

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang
Kuala Lumpur – Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi,  Datuk Zuraida Kamaruddin menyatakan bahawa pengeluar sarung tangan kini patut mengalihkan fokus mereka kepada pemain industri bukan perubatan dan menjadikan mereka sebagai pelanggan bagi memastikan industri itu kekal lumayan dan terus berkembang daripada menumpukan kepada sektor penjagaan kesihatan semata-mata.
Beliau menambah pemain perlu menjadi kreatif untuk meneroka cara dan kaedah baharu untuk menjadikan industri sarung tangan berkembang semula dan mencatatkan keuntungan walaupun bukan pada kadar apabila permintaan melonjak naik dan harga jualan purata mencapai paras rekod tertinggi. Selain itu, wabak tersebut telah mencetuskan kesedaran tentang kepentingan kebersihan untuk mencegah pencemaran atau membendung penularan penyakit. “Lagipun, sarung tangan pakai buang yang bergred bukan perubatan terdapat dalam pelbagai saiz, warna, ketebalan dan tekstur. Sarung tangan juga digunakan dalam pelbagai perniagaan seperti dalam perniagaan tatu, makmal dan pusat jagaan kanak-kanak. “Walaupun industri minuman dan makanan merupakan pengguna sarung tangan dengan permintaan yang terhad, tempoh lapan hingga 10 tahun yang lalu ini telah menyaksikan peningkatan tahap kesedaran dengan pemain industri dan pengguna sama-sama menyedari hakikat bahawa pengendalian makanan berkisar pada tahap kebersihan.” 
Beliau turut menambah bahawa sarung tangan juga digunakan dalam industri elektronik semikonduktor untuk melindungi komponen elektrik atau elektronik daripada pencemaran. Justeru, beliau menegaskan kementerian tersebut akan melakukan segala yang mampu untuk membantu pengeluar tempatan mendapatkan pasaran baharu dan melebarkan sayap mereka kepada sektor bukan perubatan.” Kami sentiasa bekerjasama rapat dengan pemain industri tempatan dan kerjasama ini akan memastikan industri sarung tangan getah tempatan negara akan terus berkembang maju.”
Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.