4 Mei 2022, 08:00

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang
Beijing – Jumlah import dan eksport antara China dengan 14 negara anggota Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) merekodkan RMB2.86 trilion (RM1.88 trilion) pada suku pertama tahun ini, meningkat sebanyak 6.9% berbanding tempoh sama tahun lepas. RECP yang dikuatkuasakan pada 1 Januari telah merangsang perdagangan negara-negara terlibat dan menyuntik kedinamikan baharu ke dalam ekonomi rantau ini.
Kebanyakan wilayah di China mencapai pertumbuhan perdagangan dengan negara anggota RCEP dengan rangsangan RCEP. Pada suku tahun pertama, perdagangan Hainan dengan anggota RCEP menyumbang lebih 30% dalam dagangan keseluruhan wilayah itu, manakala import dan eksport Hainan dengan anggota RCEP meningkat sebanyak 45.8%.

Pada masa sama, import dan eksport antara Jiangxi dengan anggota RCEP berjumlah RMB46.72 bilion (RM30.73 trilion), meningkat 45%.
Selain itu, lebih 210,000 TEU barangan telah dihantar melalui pengangkutan gabungan darat dan lautan dari Guangxi ke negara anggota RCEP telah meningkat lebih 50%.
Pengarah Pusat Penyelidikan Kerjasama Ekonomi Serantau Institut Penyelidikan Kementerian Perdagangan China, Zhang Jianping menyatakan bahawa peraturan ekonomi dan perdagangan RCEP mewakili hala tuju pengembangan peraturan perdagangan dan pelaburan antarabangsa pada abad ke-21. “Sebanyak 15 anggota merapatkan hubungan kerjasama dalam rantaian nilai global, sekali gus memberi rangsangan kepada peranan “lokomotif” ekonomi Asia-Pasifik dan memberikan sumbangan baharu kepada pemulihan dan pembangunan ekonomi global.”
Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.