Oleh Ritah Yahaya
28 April 2022, 08:49

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur –  Pusat penyelidikan dan pembangunan antarabangsa pertama Coway bakal dibuka di Malaysia! Dalam usaha untuk mengukuhkan komitmennya untuk menjadi Syarikat Best Life Solution, Coway Malaysia bekerjasama dengan sebuah institusi pengajian tinggi berprestij di Malaysia – Universiti Malaya (UM), dengan aspirasi untuk meneruskan penyelidikan dalam menyediakan penyelesaian yang mengubah kehidupan di luar penjagaan.

Dengan termeterainya memorandum persefahaman  yang ditandatangani antara dua buah organisasi terkemuka ini untuk kerjasama Akademik-Industri, pusat penyelidikan dan pembangunan canggih ini akan ditempatkan di UM dengan pelbagai makmal untuk menjalankan penyelidikan kualiti air dan tidur.

Coway Malaysia berhasrat memanfaatkan kepakaran profesor dan pelajar dari fakulti Kejuruteraan dan Sains untuk terus mempelopori inovasi teknologinya. Menerusi pusat penyelidikan dan pembangunan ini, Coway Malaysia boleh menjalankan penyelidikan yang lebih mendalam tentang cara menambah baik produknya dengan mengambil kira keperluan rakyat Malaysia. Di samping itu, kerjasama ini juga bakal membuka peluang bagi latihan amali, khidmat rundingan, penajaan, penubuhan makmal, dan sebagainya.

“Ini merupakan kemudahan penyelidikan dan pembangunan pertama kami di luar Korea Selatan dan kami sangat teruja untuk melihat rancangan kami kini menjadi kenyataan. UM ialah rakan kongsi yang terbaik untuk kerjasama ini kerana misi mereka untuk menimba ilmu baharu dan menyemai pembangunan pemimpin masa depan yang sejajar dengan semangat ‘Cowayian’ kami.

 

Dari kiri Dr. Bong Yii Bonn, Pemangku Pengarah, Pejabat Hubungan Industri Universiti Malaya; Profesor Ir. Dr. Abdul Aziz Abdul Raman, Timbalan Naib Canselor (Pembangunan), Universiti Malaya;  Kyle Choi Ki Ryong, Pengarah Urusan Coway Malaysia; Victor Kim Chul Ho, Ketua Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan, Coway Malaysia.

 

Saya berbangga untuk menyatakan bahawa Coway Malaysia juga merupakan syarikat peralatan rumah Korea yang pertama yang bekerjasama dengan UM dalam perkongsian unik ini dan kami berharap ini akan membuka jalan bagi pelbagai peluang inovatif pada masa depan.

Kami di Coway mengutamakan penyelidikan dan pembangunan kerana kami hanya mahu memberikan yang terbaik kepada pelanggan. Coway percaya kepada inovasi berterusan demi kehidupan lebih baik sambil kami berusaha untuk menyediakan penyelesaian di luar penjagaan.

Dengan pusat penyelidikan dan pembangunan ini terletak secara strategik di Malaysia, kami akan dapat memberikan tumpuan untuk menghasilkan peralatan rumah terbaik khas untuk rakyat Malaysia,” kata Kyle Choi, Pengarah Urusan Coway Malaysia.

Beliau menambah  bahawa menerusi memorandum persefahaman ini, Coway juga berusaha untuk meningkatkan kesefahaman antara kedua-dua pihak seperti peluang pekerjaan dan latihan amali bagi graduan UM serta pertukaran ilmu antara pakarindustri dari Korea Selatan dan Malaysia.

Pusat penyelidikan dan pembangunan Coway yang pertama  ditubuhkan pada tahun 1993 dan bertempat di Taman Penyelidikan Universiti Kebangsaan Seoul di Seoul, Korea Selatan.

Pusat penyelidikan dan pembangunan ini merupakan yang terbesar di dunia, dilengkapi dengan 182 peranti dan peralatan canggih.  Kemudahan tersebut juga telah menerima pensijilan oleh Persatuan Kualiti Air (WQA) di Amerika sebagai Makmal Ujian Diiktiraf yang memberikan tumpuan menjalankan ujian kecekapan dan keselamatan.

Dengan penubuhan pusat penyelidikan dan pembangunan keduanya, Coway Malaysia yakin dengan komitmen sepenuhnya untuk menjalankan penyelidikan dan inovasi tempatan di luar Korea Selatan. Coway Malaysia akan  memfokuskan penyelidikan kualiti air di Malaysia.

“Coway berinovasi untuk hidup yang lebih indah. Seperti UM, Coway mempunyai misi untuk memperkasakan generasi masa depan dan terus memperkenalkan inovasi hebat yang boleh membantu dalam penyelidikan dan menyediakan indeks kualiti air dan corak tidur. Kami berharap untuk memperbaik alam sekitar dan kehidupan setiap komuniti di Malaysia melalui penyelidikan ini,” kata Victor Kim, Ketua Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan, Coway Malaysia.

“Kami mengalu-alukan peluang untuk bekerjasama dengan Coway Malaysia yang sentiasa bertekad untuk mengubah kehidupan dan menjadikan negara kita lebih indah dengan produk-produk inovatif mereka. Semua pelajar dan profesor kami sememangnya teruja dengan kemudahan penyelidikan dan pembangunan yang bakal dibuka di UM dan menantikan peluang menarik ini untuk berkongsi dan bertukar pengetahuan dengan pakar industri dari Korea Selatan.

Hal ini  sejajar dengan misi UM untuk menambahkan pembelajaran dan ilmu pengetahuan menerusi penyelidikan dan pendidikan berkualiti demi kepentingan negara dan kemanusiaan. Bagi mencapai matlamat ini, kami mempergiat usaha untuk menaikkan nama universiti menerusi proses pengantarabangsaan, kerjasama dan pakatan dengan industri strategik dan pihak-pihak berkepentingan,” kata Profesor Ir. Dr. Abdul Aziz Abdul Raman, Timbalan Naib Canselor (Pembangunan), Universiti Malaya.

 

 

 

 

 

  

 

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.