Kuala Lumpur – Perkhidmatan perbankan Maybank seperti penggunaan kad debit, aplikasi Maybank2U dan MAE serta laman web Maybank2U tergendala untuk sementara waktu pada Isnin. Perkembangan tersebut dimaklumkan oleh bank komersial itu menerusi media sosial kira-kira pukul 5 petang.