Oleh Ritah Yahaya
10 April 2022, 10:35

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Di bawah Belanjawan 2022, kerajaan  memperuntukkan RM300 juta bagi e-tunai bernilai RM150.00 di bawah program ePemula untuk belia dari 18 tahun hingga 20 tahun dan pelajar sepenuh masa di institut pengajian tinggi tempatan yang layak.

Mulai 11 April 2022, golongan ini boleh mula mendaftar untuk menerima RM150 dalam bentuk kredit e-tunai dengan salah satu daripada empat (4) penyedia perkhidmatan e-tunai iaitu BigPay, GrabPay, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet. Program ePemula ini juga akan dilancarkan secara rasmi oleh YAB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Perdana Menteri Malaysia pada 15 April 2022.

Selain dari RM150.00 dalam bentuk kredit e-tunai daripada Kerajaan, penyedia perkhidmatan e-tunai iaitu BigPay, GrabPay, ShopeePay, dan Touch ‘n Go eWallet juga akan memberi insentif tambahan dalam bentuk cashback, baucar, mata terkumpul atau coins sepanjang tempoh program ini.

Program ePemula ini terbuka kepada warganegara Malaysia yang:

  1. Mencapai umur dari 18 tahun ke 20 tahun pada tahun 2022 (lahir pada tahun 2002 hingga tahun 2004); atau
  2. Merupakan pelajar sepenuh masa pada peringkat diploma atau SKM4 dan ke atas di IPT tempatan yang berdaftar. Data belia akan disemak silang dengan IPT tempatan yang berdaftar dan pangkalan data Kerajaan yang berkenaan.

Tempoh pendaftaran dan tuntutan ePemula ini akan bermula dari 11 April 2022 hingga 1 Jun 2022, manakala kredit ePemula serta manfaat padanan daripada penyedia perkhidmatan e-tunai tersebut boleh dibelanjakan sehingga 10 Jun 2022.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.