8 April 2022, 09:27

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – RHB Banking Group meraih lima anugerah di Anugerah Perbankan Kewangan Global (GBAF) Ke-11, termasuk beberapa kemenangan berturut-turut atas tumpuannya kepada inovasi digital dalam penyelesaian perbendaharaannya serta produk dan perkhidmatan perbankan perniagaan dan pertukaran asing (FX).

Menurut kumpulan perbankan itu, anuegerah yang dimenangi ialah  “Best Multi-Currency Account Malaysia 2022” untuk tahun ketiga berturut-turut, “Best Forex Bank Malaysia 2022” dan “Best Banking Product RHB Live FX@Reflex” untuk tahun kedua berturut-turut serta “Best Islamic Forex Bank Malaysia 2022” dan “Best Islamic Multi Currency Account Malaysia 2022”. “Kumpulan diiktiraf atas komitmen dan usahanya dalam memberikan penyelesaian yang berteraskan pelanggan yang menyeluruh dan inovatif.”

Bendahari Kumpulan RHB Banking,  Angus Salim Amran menyatakan bahawa RHB akan terus memberi tumpuan kepada membangunkan penyelesaian dan produk perbendaharaan inovatif yang memenangi anugerah dan dapat memenuhi keperluan perniagaan dan gaya hidup pelanggan, memanfaatkan keupayaan digital ke arah memberikan pengalaman perkhidmatan yang mudah, lancar dan selamat.

GBAF mengiktiraf kecemerlangan dalam komuniti kewangan global dalam pelbagai perkhidmatan, termasuk pertukaran asing, perbankan, insurans, dana lindung nilai, kewangan Islam, dana dagangan bursa dan teknologi.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.