8 April 2022, 17:00

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Malaysia Airlines Berhad menyasarkan jualan RM100 juta untuk tiket penerbangan sepanjang kempen MATTA Fair yang akan berlangsung bermula  dari 8 hingga 17 April 2022. Ketua Pegawai Pemasaran Kumpulan dan Pengalaman Pelanggan Malaysia Airlines, Lau Yin May menyatakan bahawa sasaran itu akan didorong oleh jualan daripada destinasi popular seperti London, Australia, Kuching dan Kota Kinabalu.

Beliau juga menambah sasaran itu dapat dicapai susulan daripada kejayaan penganjuran Malaysia Airlines Travel Fare (MATF) yang berakhir pada 4 April lalu yang menyaksikan tiket penerbangan yang paling laris ialah Kuching, Kota Kinabalu dan London. “Sasaran jualan RM100 juta ini sememangnya sangat tinggi tetapi kami percaya ia mampu dicapai dan jika tidak berjaya tidak mengapa, kerana kami sudah semakin menghampiri sasaran itu.”

MATTA Fair akan berlangsung secara dalam talian bermula dari 8 April hingga 17 April 2022 dan secara fizikal selama dua hari bermula dari 9 hingga 10 April 2022 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur. Beliau menyatakan bahawa Malaysia Airlines akan menawarkan diskaun sehingga 45% bagi destinasi domestik dan antarabangsa terpilih. Bagi penerbangan Firefly, pengembara berpeluang menikmati potongan harga sehingga 50% apabila membuat tempahan menerusi aplikasi mudah alih atau laman webnya bermula 7 hingga 10 April ini untuk perjalanan bermula dari 14 April hingga 29 Oktober 2022.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.