1 April 2022, 07:41

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang
Sepang – Syarikat penerbangan tambang rendah AirAsia menjangkakan pembukaan semula sempadan akan membantu ia mencapai sasaran untuk mencapai faktor muatan 95% faktor muatan menjelang akhir tahun ini. “Malaysia mengorak langkah penting dengan pembukaan semula sempadan. Orang ramai mahu datang ke Malaysia seperti yang kita dapat lihat melalui jualan tiket yang menggalakkan dalam beberapa minggu akan datang,” kata Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia, Riad Asmat.
Riad menyatakan bahawa terdapat 12 penerbangan antarabangsa AirAsia yang dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) hari ini dengan kira-kira 60% penumpang berada di dalam pesawat berkenaan, satu petunjuk yang menggalakkan.  “Hari ini menandakan satu peristiwa penting dalam perjalanan panjang ke arah pemulihan industri pelancongan di rantau ini. Kami diberi peluang sekarang untuk menyambung semula dan membina semula rangkaian yang kami ada sebelum ini,” katanya  selepas menyambut penerbangan AK381 AirAsia dengan 140 penumpang dari Jakarta di KLIA2.
Pada 8 Mac lepas, Perdana Menteri Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bahawa sempadan negara akan dibuka semula mulai 1 April selaras dengan rancangan negara untuk memasuki tempoh peralihan kepada fasa endemik COVID-19.
Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.