24 Mac 2022, 11:20

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kangar – Raja Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan merasmikan ”Pembukaan Webinar Yayasan Tuanku Fauziah (YTF) – Edisi Keusahawanan Sosial.” Baginda bertitah peranan wanita dalam pelbagai aspek serta bidang wajar dibanggakan kerana terbukti wanita juga mampu menyumbang kepada pembangunan negara. Dalam konteks wanita sebagai usahawan, kita dapat melihat bahawa peranan dan sumbangannya terhadap ekonomi negara semakin ketara.

Menyentuh kepada aspek keusahawanan sosial, bidang itu bukan lagi satu topik baharu untuk dibincangkan pada zaman ini, namun kesedaran dan impak 3P iaitu kepada masyarakat, alam sekitar, dan keuntungan terhadapnya masih agak belum meluas. Malah, keusahawanan sosial ini bukan sahaja dapat membantu golongan masyarakat secara keseluruhan tetapi  lebih khusus kepada wanita lain seperti ibu tunggal.

Webinar ini dianjurkan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi Malaysia (KUSKOP) melalui Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) dan dikuasakan oleh Yayasan Tuanku Fauziah (YTF). Sesi pertama menyaksikan Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Dato’ Suriani Dato’ Ahmad berbicara mengenai “Kaitan ‘Sustainable Development Goals (SDG)’ dengan Keusahawanan Sosial”.

Menurut DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra, kepakaran golongan wanita sangat diperlukan untuk mencetuskan lebih banyak idea kreatif dan inovatif bagi membantu menyelesaikan isu seumpama ini melalui pelaksanaan keusahawanan sosial. Tambah DYTM Tuanku Raja Muda, kebijaksanaan wanita yang mampu menjalankan perniagaan khususnya dalam keusahawanan sosial ini juga akan terus disokong dan ditonjolkan di peringkat lebih tinggi.

Majlis Penutupan disempurnakan oleh Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil selaku Pengerusi Yayasan Tuanku Fauziah pada sebelah petang.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.