17 Mac 2022, 11:35

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kajang – Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Dato Sri Alaxander Nanta Linggi, telah merasmikan Majlis Pelancaram Hari Hak-Hak Pengguna Sedunia 2022 dan Advokasi Kepenggunaan Melalui Medium Pengangkutan Awam pada 16 Mac 2022 di Stesen Mass Rapit Transit (MRT) Kajang.

Berdasarkan Kajian Ideks Pendayaupayaan pengguna Malaysia yang dibuat pada tahun 2020, tahap pengetahuan pengguna Malaysia tentang hak-hak mereka sebagai pengguna dan jati diri untuk mempertahankan hak mereka masih terlalu sederhana iaitu 63.1%. Oleh itu, KPDNHEP menyeru semua pihak terutama Pertubuhan Bukan Kerajaan Pengguna, Persatuan Pengguna di peringkat Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dan masyarakat untuk merancakkan advokasi dan pendidikan berkenaan hak-hak pengguna serta saluran-saluran aduan dan tindakan bagi melindungi hak-hak mereka daripada tipu daya para peniaga yang tidak beretika serta penyedia perkhidmatan yang tidak bertanggungjawab.

Pihak KPDNHEP juga berharap teknik penyampaian advokasi diperlbagaikan bersesuaian dengan kecanggihan teknologi dan kehendak semasa agar ianya lebih berkesan seterusnya mampu meresap menjadi budaya kepenggunaan yang sihat dan mapan. Pada kali ini, KPDNHEP telah melaksanakan advokasi melalui medium baharu iaitu melalui pengangkutan awam. Pelaksanaan ini dibuat melalui kerjasama dengan penyedia pengangkutan awam, MRT. Perkhidmatan ini dipilih oleh pihak kementerian kerana  mempunyai sebahagian besar pengguna khususnya di Lembah Klang sebagai medium pengangkutan harian dan merupakan pengangkutan awam masa depan yang menyerap elemen digitalisasi secara meluas.

Kerjasama ini dilihat mampu memberikan impak yang positif kerba capaian pengguna yang dimiliki oleh MRT denga purata 62 000 orang penumpang sehari yang mana para pengguna tersebut akan menghabiskan sebahagian masa mereka di dalam koc MRT untuk ke destinasi masing-masing pada setiap hari.

Sambutan Hari Hak-Hak Pengguna Sedunia 2022 pada tahun ini bertemakan Fair Digital Finance yang menjurus ke arah kesaksamaan kewangan digital. Berteraskan tema ini juga, Digitalisasi Pengguna telah dipilih sebagai tema sambutan Hari Pengguna Kebangsaan yang lebih menggambarkan senario perubahan trend pengguna Malaysia ke arah urus niada perkhidmatan dan pembelian menggunakan platform digital.

Turut hadir dalam majlis pelancaran tersebut ialah Ketua Setiausaha KPDNHEP, Datuk Seri Hj, Hasnol Zam Zam Haji Ahmad, Timbalan Ketua Setiausaha (Pendayaupayaan Pengguna) KPDNHEP, Datin Roszanina Wahab dan Pengarah Penguatkuasa KPDNHEP, Tuan Azman Adam.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.