17 Mac 2022, 09:52

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (The Fed) meningkat kadar faedah kali pertama sejak tahun 2018. Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) mengumumkan bahawa bank pusat itu meningkatkan kadar faedah sebanyak 0.25% dan membayangkan kemungkinan akan ada enam peningkatan kadar untuk tahun ini.

Sehubungan itu, penganalisis melihat The Fed mungkin akan meningkatkan kadar faedah sehingga 2% menjelang akhir  tahun 2022, bersamaan 0.25% bagi setiap mesyuarat FOMC. Pengerusi The Fed Jerome Powell menyatakan bahawa ekonomi AS kini kukuh untuk menerima peningkatan kadar faedah termasuk data pekerjaan, gaji dan inflasi.

The Fed dalam pengumuman sama menjangkakan inflasi akan terus meningkat namun kembali menyusut kepada 4.2% menjelang akhir tahun, jauh melepasi unjuran normal 2% yang dilakukan oleh bank pusat itu.

Sehubungan pengumuman itu, Wall Street menyaksikan rali dengan tiga indeks utama merekodkan peningkatan pada penutup Rabu. Pada masa yang sama, Powell menyatakan bahawa sukar untuk meramal kesan perang di Ukraine terhadap ekonomi negara itu namun sudah pasti menjejaskan harga komoditi dunia.

Pengumuman The Fed ini dijangka disusuli peningkatan faedah di negara lain di dunia, termasuk Malaysia. Penganalisis di Malaysia menjangkakan satu peningkatan kadar faedah akan berlaku akhir tahun ini sekali gus menjadikan kos pinjaman lebih mahal.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.