24 Februari 2022, 10:41

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kini, pengguna individu baharu warganegara Malaysia boleh mendaftar akaun eCCRIS dari rumah tanpa perlu lagi ke Bank Negara Malaysia (BNM) atau Agensi Kaunseling dan pengurusan Kredit (AKPK). Pendaftaran boleh dibuat melalui eccris.bnm.gov.my selain pendaftaran sedia ada melalui kios di premis AKPK atau Elink, telelink.bnm.gov.my.

CCRIS merupakan Pusat Sistem Maklumat Rujukan Kredit (Central Credit Reference Information System) yang dimiliki dan dikendalikan oleh BNM untuk memudahkan pengurusan risiko kredit antara bank. CCRIS memproses data yang diterima daripada institusi kewangan peserta dan menggabungkannya menjadi laporan kredit. Laporan ini menyenaraikan sejarah pembiayaan dan pembayaran balik peminjam dalam tempoh 12 bulan. Peminjam boleh mengakses laporan kredit mereka secara dalam talian menerusi eCCRIS tanpa sebarang bayaran.

Melalui eCCRIS, identiti pengguna baharu akan disahkan secara digital. Langkah ini melibatkan pindahan RM1.00 ke akaun BNM yang ditetapkan melalui perbankan Internet. RM1.00 akan dipulangkan secara automatik dalam tempoh dua hari bekerja selepas pendaftaran.

Pendaftaran secara dalam talian ini adalah lebih mudah dan selamat kepada para pengguna. Kini, pengguna individu baharu warganegara Malaysia yang mempunyai talian Internet boleh mendaftar dan mendapatkan laporan CCRIS pada bila-bila masa.

(Sumber: Facebook BNM)

 

 

 

 

 

Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Content is protected !!