Oleh Ritah Yahaya
18 Februari 2022, 11:22

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Pandemik COVID-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan merupakan tempoh yang paling sukar sepanjang lebih 12 tahun kami berkecimpung dalam dunia perniagaan. Kami terpaksa memperuntukkan lebih banyak wang untuk kegunaan kecemasan. Kebajikan setiap pekerja merupakan keutamaan syarikat. Namun begitu, pekerja kami tetap mendapat gaji mereka ketika PKP.

Saya bersyukur apabila BIZMILLA dapat bertahan hingga kini walaupun terkesan oleh pandemik COVID-19. Hal ini disumbangkan melalui kerjasama pasukan yang kreatif. Kami mengambil keputusan untuk mempelbagaikan jenis perniagaan kami seperti menjual durian, nasi Arab, kek, dan sebagainya. Saya juga turun padang untuk bersama-sama staf saya untuk membantu melancarkan perniagaan tersebut.

Saya menerima cabaran dari sudut pandang yang positif kerana dalam tempoh krisis tersebut, saya dapat membina kekuatan dalaman dan jati diri yang kuat untuk menghadapi dunia perniagaan. Satu daripada cabaran  yang dihadapi oleh BIZMILLA ialah pembatalan majlis disebabkan oleh PKP yang tidak membenarkan penganjuran apa-apa majlis yang melibatkan orang ramai, dari tahun 2020 hingga tahun 2021. Saya bersyukur kepada Allah SWT kerana tahun 2022  ini merupakan tahun pemulihan dan perkembangan semula BIZMILLA.

 

 

Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Content is protected !!