Oleh Ritah Yahaya
14 Februari 2022, 12:38

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Mereka juga mungkin memerintah China. Hasil tinjauan secara dalam talian mendapati kucing menjadi rakan popular kepada golongan muda pemilik haiwan peliharaan berbanding dengan anjing.

Ekonomi haiwan peliharaan China kini berkembang pesat apabila lebih banyak rakyat China menangguhkan hasrat untuk berkahwin dan memiliki anak demi “bayi atau anak berbulu”. Para pemilik haiwan peliharaan ini mempunyai beberapa persamaan, iaitu dalam kalangan mereka masih muda, berpendidikan tinggi dan berpendapatan tinggi.

Pasaran haiwan peliharaan di China dianggarkan bernilai 298.8 bilion yuan (USD46 bilion) pada tahun 2020, meningkat daripada 72.5 bilion yuan pada tahun 2015. Lebih daripada 70% pemilik haiwan peliharaan dalam tinjauan baru-baru ini berkata mereka memiliki kucing berbanding hanya 40% yang mengatakan mereka menternak anjing.

Berdasarkan laporan portal berita China, Thepaper.cn, hasil tinjauan DT Business Data Company dan jenama produk haiwan kesayangan, Vetreska mendapati dalam kalangan 1392 orang responden yang mempunyai haiwan peliharaan, lebih 70% memelihara kucing, kadar tertinggi dalam kalangan semua pemilik haiwan peliharaan.

Fakta mengenai populariti kucing ini dikukuhkan dengan sensasi terkini seekor kucing baka British Shorthair di wilayah Fujian, China. Chan An atau Chef Chan An bintang popular YouTube, handal menyediakan minuman, memasak hidangan penuh dan juga membakar! Dengan kaki comel itu mengacau periuk, dan membalikkan telur.Pemilik Chang An mula menyiarkan video comel ini tentang kucingnya “memasak” pada tahun 2019. Bukan sahaja setiap hidangan kelihatan sangat lazat, tetapi semuanya juga diceritakan dari sudut pandang seekor kucing.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.