Oleh Ritah Yahaya
7 Februari 2022, 09:33

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Shah Alam – Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) menggesa Bank Negara Malaysia (BNM) supaya mendesak syarikat insurans untuk mengeluarkan “Endorsement 106” dan istilah bengkel panel daripada polisi perlindungan kereta persendirian.

Presiden FOMCA, Profesor Datuk Dr. N Marimuthu berkata, langkah itu penting bagi memastikan kebebasan kepada pengguna untuk membuat pilihan terhadap mana-mana bengkel yang berdaftar di bawah Skim Pembaikan Diluluskan Persatuan Insurans Am Malaysia (PARS).

Jelas beliau, perkara itu juga perlu dilaksanakan kerana “Endorsement 106” yang menetapkan pelanggan polisi untuk menghantar kenderaan kepada bengkel khusus itu  dibatalkan oleh BNM pada tahun 2016.

“FOMCA serta NCCC (National Consumer Complaint Centre) menerima banyak aduan berkenaan dengan penanggung insurans yang mendesak pengguna untuk mengalihkan kenderaan mereka ke bengkel panel mereka.

“Syarikat insurans menjadikannya lebih menyusahkan pengguna kerana kelewatan dalam memberikan perkhidmatan yang diperlukan.

“Sesetengah pengguna hanya mempunyai satu kenderaan untuk digunakan dan banyak pengguna yang terpaksa keletihan mental kerana perkara ini,” ujar beliau.

 

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.