Oleh Ritah Yahaya
5 Februari 2022, 15:53

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang
Kuala Lumpur  – Yayasan Bank Rakyat (YBR) menyediakan bantuan persekolahan bernilai RM10 000 kepada 100 orang murid sekolah rendah bagi menerima bantuan persekolahan bersempena dengan pembukaan semula sesi persekolahan pada bulan Mac akan datang, khusus kepada penduduk di sekitar Projek Perumahan Rakyat Jelatek.
Cakna dengan situasi masyarakat yang terkesan akibat gelombang COVID-19 yang melanda sejak dua tahun ini dan melihat kepada keadaan ekonomi yang tidak menentu, bantuan persekolahan dalam bentuk wang tunai sebanyak RM100.00 bagi persiapan persekolahan diharapkan akan dapat membantu ibu bapa atau penjaga membuat persiapan awal untuk anak-anak dalam memulakan sesi akademik persekolahan bagi 2022/2023.
Replika cek bantuan ini telah disempurnakan oleh Pengerusi YBR, Datuk Wira Megat Zulkarnain Tan Sri Omardin (gambar: tiga dari kiri) kepada Pengerusi Persatuan Penduduk PPR Jalan Jelatek, Mohd Isa Bakar dalam satu majlis penyerahan, di sini hari ini. Pengerusi YBR, Datuk Wira Megat Zulkarnain Tan Sri Omardin Pengerusi YBR, Datuk Wira Megat Zulkarnain Tan Sri Omardin. 
May be an image of 7 people, people sitting, people standing and headscarf
Turut serta hadir ialah Pengerusi Perbadanan Pembangunan Kampung Baru, Datuk Affendi Zahari dan Pengurus Jabatan Program YBR, Mohd Mukhti Abd Rahman. Sementara itu, Megat Zulkarnain berkata, sumbangan ini juga diharapkan dapat membantu mereka terutamanya yang berada dalam kalangan keluarga B40 bagi meringankan urusan kewangan dalam menyediakan kelengkapan persekolahan bagi pembelian set baju, kasut dan stoking atau beg sekolah mengikut kesesuaian masing-masing.
“Bantuan yang disalurkan kepada mereka yang layak ini sedikit sebanyak dapat memberikan suntikan semangat kepada anak-anak untuk terus menuntut ilmu serta sebagai tanda ikhlas YBR dalam membantu mereka yang memerlukan dalam meneruskan kehidupan,” kata beliau.
Hingga kini, sebanyak 39 397 orang murid menerima manfaat melalui bantuan persekolahan YBR dengan jumlah peruntukan sebanyak RM5.12 juta sejak  tahun 2018.
Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.