28 Disember 2021, 15:10

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Bencana banjir yang melanda beberapa kawasan di Semenanjung baru-baru ini telah memberikan impak kepada pembayar cukai dan/atau majikan. Atas dasar keprihatinan Lembaga Hasil Dalam Negeri (HASIL) kepada masyarakat, HASIL telah membuat keputusan untuk memberikan penangguhan bayaran cukai kepada pihak tersebut  yang terjejas dengan banjir seperti yang berikut:

  1. Tarikh akhir bayaran anggaran cukai kena bayar (CP204) bagi bulan Disember 2021 dilanjutkan sehingga 31 Januari 2022;
  2. Bayaran ansuran siasatan/audit/pungutan/guaman sivil bagi bulan Januari 2022 ditangguhkan sehingga bulan Februari 2022;
  3. Tarikh akhir bayaran PCB dan/atau CP38 pekerja bagi bulan saraan Dismember 2021 dilanjutkan untuk diremit sehingga 31 Januari 2022; dan
  4. Bayaran baki cukai dibenarkan penangguhan sehingga ke suatu tempoh yang dimohon oleh pembayar cukai.

Pembayar cukai dan/atau majikan yang terjejas perlu mengemukakan permohonan penangguhan bayaran cukai kepada HASIL melalui e-mel [email protected] (bagi Perkara 1.1) dan melalui Borang Maklum Balas yang boleh dicapai di portal rasmi HASIL atau melalui pautan https://borangmaklumbalas.hasil.gov.my/Submission/Submission/?id=5001#/create/1 (bagi Perkara 1.2, 1.3 dan 1.4).

Dokumen yang perlu dikemukakan bagi menyokong permohonan tersebut adalah berdasarkan kepada merit kes. Sebarang pertanyaan serta maklum balas boleh dimajukan kepada HASiL melalui:

(a) HASIL Care line di talian 03-8911 1000/603-8911 1100 (luar negara)

(b) HASIL Live Chat

(c)Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDNM melalui pautan https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.