27 Disember 2021, 08:57

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Coway Run 2021: Run for Your Region  mencipta sejarah apabila mereka dimasukkan ke dalam Malaysia Book of Records bagi ‘Bilangan Jualan Tiket Larian Maya Tertinggi Dalam Sehari’. Hampir 10 000 tiket Coway Run 2021 habis dijual dalam masa 24 jam selepas dilancarkan dan menandakan detik kejayaan dalam sejarah Coway Run! Pencapaian ini terus mengukuhkan lagi kepentingan Coway Run kepada rakyat Malaysia, yang amat berminat untuk menyertai acara ini setiap tahun. Sama ada secara fizikal atau maya, Coway Run amat digemari oleh ramai pelari.

Dianjurkan oleh Coway Malaysia, Coway Run 2021 ialah larian maya antara wilayah yang mempromosikan keseronokan, kehidupan yang sihat dan semangat kemasyarakatan. Larian ini, yang dilancarkan pada 23 September 2021, mendorong para peserta untuk berlari pada bila-bila masa dan di mana sahaja untuk mencatatkan kilometer tersebut. Didorong oleh sambutan luar biasa yang ditunjukkan oleh peserta, acara itu yang dirancang untuk diadakan selama sebulan telah dilanjutkan hingga 31 Oktober 2021.

Selain berlari untuk kemasyhuran, pencapaian peribadi dan kepuasan diri, peserta juga berlari untuk tujuan amal. Apabila para peserta seluruh negara secara kolektif telah mencapai National Goal sejauh 200 000 kilometer, sejumlah RM200 000.00  disumbangkan oleh Coway Malaysia kepada tiga badan kebajikan. Tiga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menerima sumbangan ialah EcoKnights, MERCY Malaysia dan Reef Check Malaysia. Malah, pelari yang begitu bersemangat telah mengatasi National Goal dengan mencatatkan jarak sejauh 244 672 kilometer, dengan pasukan wilayah Tengah muncul sebagai juara dengan jarak 103 496 kilometer.

Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Content is protected !!