13 November 2021, 20:15

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Cyberjaya – Berkuatkuasa pada 12 November 2021, YBhg. Datuk Mohd. Nizom Sairi, Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Ketua Pengarah Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) dilantik secara rasminya sebagai Pengerusi Pertubuhan Pentadbir Cukai Negara-Negara Komanwel (CATA) bagi penggal 2021–2024.

Malaysia dilihat mampu membawa pertubuhan ini ke fasa seterusnya dalam menangani isu percukaian antarabangsa yang kian mendapat perhatian pada peringkat global. Pelantikan ini turut mengiktiraf suara Malaysia di persada dunia.

CATA merupakan pertubuhan percukaian antarabangsa yang dianggotai oleh pentadbir cukai dari 47 buah negara-negara Komanwel, yakni satu pertubuhan percukaian yang terbesar di dunia mengikut bilangan keahlian pentadbir cukai. Objektif utama CATA adalah untuk membantu negara anggota untuk mencapai kecemerlangan dalam semua aspek pentadbiran percukaian.

Sehingga kini, CATA masih memainkan peranan penting dalam mempromosikan pemodenan pentadbiran percukaian dan penggunaan polisi, proses dan prosedur kerja yang efisien dalam kalangan negara-negara Komanwel, terutamanya kepada negara yang sedang membangun. Malaysia merupakan pengerusi ke-15 CATA sejak penubuhannya pada 1979.

Dalam kenyataan HASiL pada hari ini mengatakan bahawa pelantikan ini merupakan satu pengiktirafan negara-negara anggota kepada Malaysia, dan HASiL secara khusus, atas segala sumbangan terhadap perkembangan dan pemodenan sistem percukaian pada masa ini.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.