9 November 2021, 13:57

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Nilai jualan sektor Pembuatan Malaysia pada bulan September 2021 berjumlah RM135.3 bilion, tumbuh sebanyak 11.6 peratus berbanding bulan yang sama tahun lalu. Sementara itu, nilai ini kekal meningkat pada bulan sebelumnya, 6.6 peratus.

Menurut Ketua Perangkawan Malaysia, Dato’ Sri Dr. Mohd. Uzir Mahidin, pertumbuhan nilai jualan pada bulan ini dipacu oleh subsektor produk petroleum, kimia, getah dan plastik dengan 29.2 peratus, terutamanya dalam industri pembuatan kok dan produk petroleum bertapis.

 

Perkembangan ini juga didorong oleh subsektor produk makanan, minuman dan tembakau dengan 12.0 peratus oleh industri pembuatan produk makanan, serta subsektor produk elektrik dan elektronik dengan 10.8 peratus, terutamanya dalam industri pembuatan komputer, produk elektronik dan optikal.

Tambah beliau, peningkatan ini turut disumbangkan oleh pekerja dalam produk elektrik dan elektronik 4.5 peratus, produk petroleum, kimia, getah dan plastik sebanyak 1.3 peratus dan produk kayu, perabot, keluaran kertas dan percetakan sebanyak 1.5 peratus.

Jumlah pekerja sektor pembuatan pada bulan September 2021 sebanyak 2 231 406 orang, meningkat 1.6 peratus berbanding 2 195 300 orang pada September 2020.

Manakala gaji dan upah yang dibayar berjumlah RM7478.8 juta, meningkat 3.6 peratus atau RM261.8 juta pada September 2021 berbanding bulan yang sama tahun sebelumnya. Purata gaji dan upah setiap pekerja adalah sebanyak RM3352 pada bulan September 2021.

Bagi tempoh Januari hingga September 2021, nilai jualan sektor pembuatan bertambah 15.1 peratus kepada RM1127.8 bilion berbanding tempoh yang sama tahun 2020. Bilangan pekerja dan gaji dan upah masing-masing mencatatkan pertumbuhan sebanyak 1.6 peratus dan 2.5 peratus, iaitu berjumlah 2.23 juta orang dan RM66.6 bilion.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.