28 Oktober 2021, 07:51

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Kementerian Kewangan Malaysia (MoF) dalam kenyataan semalam memaklumkan bahawa harga runcit petrol RON97 meningkat sebanyak 10 sen seliter kepada RM2.97 mulai hari ini hingga 3 November 2021.

Manakala harga runcit petrol RON95 dan diesel masing-masing masih kekal dengan harganya RM2.05 dan RM2.15 seliter bagi tempoh sama.

Kenaikan ini adalah berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik.

“Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling, iaitu RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter.

“Sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling yang ditetapkan.

Tambah MoF, kerajaan akan terus komited memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi