18 Oktober 2021, 20:36

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) mengumumkan pelantikan YBhg. Datuk Mohd Nizom Sairi, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi Percukaian) LHDNM sebagai Ketua Pegawai Eksekutif LHDNM yang baharu berkuat kuasa esok (19 Oktober 2021) bagi menggantikan YBhg. Dato’ Sri Dr. Sabin Samitah. LHDNM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YBhg. Dato’ Sri Dr. Sabin Samitah atas jasa, sumbangan dan bakti sepanjang beliau berkhidmat di LHDNM.

YBhg. Datuk Mohd Nizom Sairi, 58 tahun, yang memegang ijazah sarjana dari Lawrence Technological University, Amerika Syarikat mula berkhidmat di LHDNM pada 13 November 1985 mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang percukaian langsung, iaitu merangkumi operasi percukaian dan pungutan cukai, percukaian antarabangsa serta latihan percukaian.

Sebelum menjawat portfolio Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif LHDNM, YBhg. Datuk Mohd Nizom  Sairi juga pernah memegang beberapa jawatan di LHDNM, termasuklah sebagai Pengarah Jabatan Siasatan LHDNM, Pengarah Akademi Percukaian Malaysia, Pengarah Pematuhan Cukai dan Pengarah Negeri LHDNM Perak. Beliau juga pernah menyandang jawatan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) sebelum ini.

LHDNM merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada YBhg. Datuk Mohd Nizom Sairi atas pelantikan ini. Berbekalkan pengalaman luas yang dimiliki, sudah pasti beliau mampu mencapai visi LHDNM untuk menjadi pentadbir cukai terunggul selari dengan aspirasi untuk membina sebuah Keluarga Malaysia yang terangkum.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.