12 Oktober 2021, 12:44

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) pada hari ini dalam satu kenyataan menegaskan bahawa orang ramai tidak boleh sewenang-wenangnya menggunakan logo atau rujukan LHDNM di media sosial, risalah, atau mana-mana bahan bercetak dan penerbitan tanpa kebenaran.

LHDNM memandang serius terhadap penyalahgunaan logo atau rujukan tersebut di mana-mana platform atau sebarang kegunaan yang boleh mengelirukan orang ramai.”

“Kesalahan ini boleh didakwa sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Bahagian 1, Jadual 1, Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tak Wajar) 1963 [Akta 414] atas kesalahan penyalahgunaan logo atau rujukan kepada pihak tertentu tanpa kebenaran.

logo LHDNOleh hal yang demikian, sebagai sebuah agensi Badan Berkanun Persekutuan, LHDNM juga tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan berdasarkan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa terhadap pihak yang terlibat dengan penyalahgunaan tersebut.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.