1 Oktober 2021, 17:33

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Saladplate dan Food Market Hub (FMH) telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) untuk menyokong pengusaha syarikat makanan dan minuman (F&B) tempatan dalam usaha meningkatkan sumber pencarian perniagaan melalui sebuah pangkalan data digitalisasi global yang melibatkan lebih daripada 90 buah negara.

Kerjasama ini memberikan peluang kepada pengusaha untuk mendapatkan atau membekalkan produk mereka melalui sebuah platform digitalisasi yang digunakan pada lebih daripada 90 buah negara.

“Dengan kerjasama ini, syarikat F&B tempatan boleh mendapatkan barangan secara digital melalui satu platform yang memaparkan pelbagai pilihan yang tersedia daripada seluruh dunia.

“Platform ini mempunyai proses pemilihan yang ketat, dengan hanya menampilkan jenama-jenama yang disahkan dan berada di Malaysia. Hal ini dikatakan demikian dapat mencipta sebuah persekitaran digital yang selamat agar pembekal dan pembeli dapat dilindungi,” jelas kata Anthony See, Pengasas Food Market Hub dalam usaha memberikan peluang pada syarikat tempat untuk meneroka pasaran digital.

Bagi memperkasa pengusaha F&B untuk menguruskan inventori perniagaan mereka dengan lebih cekap, terdapat beberapa ciri yang ditonjolkan dalam penggunaan platform tersebut seperti menyelaraskan proses komunikasi antara syarikat dengan pembekal dengan lebih mudah.

Selain itu, syarikat dapat mengakses sistem ke Cloud-Based Procurement Solution yang dikawal oleh kecerdasan buatan (AI), iaitu sebuah alat yang dilengkapi ciri pembelajaran kendiri bagi membantu mereka menguruskan inventori dan perbelanjaan dengan lebih efektif.

Dengan jejak digital global platform ini, pembekal syarikat F&B tempatan dapat mengakses sebuah pangkalan data yang merangkumi lebih 3000 pengendali dan penjual dari seluruh dunia dan memberikan peluang untuk mendapatkan produk unik yang tiada di pasaran tempatan.

“FMH melengkapkan visi Saladplate untuk memperkemaskan hubungkan pembekal antarabangsa dengan pasaran tempatan.

“Kerjasama ini jelas memudahkan setiap proses untuk pengusaha F&B daripada penemuan produk, pengendalian proses import dan pengedaran yang kompleks, promosi dalam talian serta di luar talian, sehinggalah ke pengurusan perbelanjaan perniagaan yang lebih cekap,” jelas Dave Chan, Pengasas Saladplate.

Sehingga kini, platform tersebut telah membolehkan pelbagai jenama dan syarikat terkemuka, sama ada dalam pasaran tempatan mahupun antarabangsa, seperti Kentucky Fried Chicken, Din Tai Fung, The Fish Bowl, Salad Atelier dan lain-lain untuk berkembang dengan lebih maju, di samping pengurusan kos yang lebih jimat.

Leong Tin Fui, Pengarah FK Supply, sebuah pembekal buah-buahan dan sayuran segar di Selangor dan Kuala Lumpur berkata, “Platform ini dapat menjimatkan sebanyak 61 peratus dalam kos pengambilan pekerja pentadbiran, mengurangkan kesalahan dokumentasi, serta 83 peratus penjimatan masa dalam kemasukan data. Platform ini sangat penting untuk membantu syarikat kami kekal bertahan, lebih-lebih lagi ketika pandemik COVID-19.”

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.