23 September 2021, 20:36

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur Dalam usaha kerajaan melandaikan penularan jangkitan COVID-19, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) turut bersolidariti membantu merealisasikan pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara (PPN) dengan menyumbangkan RM459 590 kepada Akaun Amanah Bencana.

LHDNM menerusi kenyataan media yang dikeluarkannya pada hari ini menyatakan bahawa sumbangan yang terkumpul tersebut merupakan hasil sumbangan secara sukarela daripada semua pegawai dan kakitangan LHDNM.

Inisiatif ini merupakan kesinambungan usaha LHDNM secara berterusan untuk memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat Malaysia terus terpelihara.

“Sehubungan dengan itu, sumbangan ini adalah sebagai tanda kebersamaan dan keprihatinan semua pegawai dan kakitangan LHDNM dalam usaha memastikan penularan wabak COVID-19 dapat diputuskan.

Penyerahan sumbangan ini telah disampaikan oleh YBhg. Dato’ Sri Dr. Sabin Samitah, Ketua Pegawai Eksekutif LHDNM kepada YBhg. Dato’ Asri Hamidon, Ketua Setiausaha Perbendaharaan bertempat di Kompleks Bangunan Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim Kuala Lumpur.

YBhg. Dato’ Sri Dr. Sabin Samitah (kanan) menyampaikan replika cek kepada YBhg. Dato’ Asri Hamidon sebagai simbolik penyerahan sumbangan oleh pegawai dan kakitangan LHDNM kepada Akaun Amanah Bencana.
Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.