15 September 2021, 20:00

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Penetapan harga runcit petrol RON95, RON97 dan diesel kekal pada paras RM2.05, RM2.73 dan RM2.15 seliter bagi tempoh 16 hingga 22 September 2021.

Menurut kenyataan Kementerian Kewangan itu, penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan ini adalah untuk melindungi pengguna daripada kesan dengan kenaikan harga sebenar minyak pada pasaran global.

Kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, walaupun hakikatnya harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan.

Kementerian Kewangan turut berkata, kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia, serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi