14 September 2021, 15:13

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang
Dato’ Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin, Ketua Perangkawan Malaysia.

Kuala Lumpur – Pengeluaran getah asli negara terus menunjukkan peningkatan pada Julai tahun ini apabila merekodkan pertambahan 22.3 peratus berbanding dengan bulan sebelumnya, iaitu 38 807 tan metrik tan kepada 47 473 tan metrik.

Dalam kenyataan hari ini, Dato’ Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin, Ketua Perangkawan Malaysia, berkata pengeluaran tahunan juga meningkat 13.6 peratus berbanding dengan 41 801 tan metrik pada bulan yang sama tahun lalu.

Pengeluaran dan penggunaan domestik bagi getah asli pada Julai 2020, Jun 2021, Julai 2021 (‘000 tan metrik).

Peningkatan pengeluaran itu disokong oleh pertumbuhan bulan ke bulan pengeluaran getah asli oleh sektor estet sebanyak menokok sebanyak 2.1 peratus dan sektor pekebun kecil (24.8 peratus).

“Bagi perbandingan tahun ke tahun pula, sektor kebun kecil kekal positif, iaitu 18 peratus, sebaliknya sektor estet menunjukkan pertumbuhan negatif 17.6 peratus,” katanya yang turut memaklumkan bahawa sumbangan utama pengeluaran getah asli di Malaysia adalah daripada sektor pekebun kecil, iaitu sebanyak 90.9 peratus berbanding dengan sektor estet (9.1 peratus).

Seiring dengan peningkatan pengeluaran tersebut, jumlah stok getah asli turut merekodkan kenaikan sebanyak 16 peratus pada Julai 2021 kepada 280 810 tan metrik berbanding dengan 242 072 tan metrik pada Jun tahun yang sama.

“Eksport getah asli Malaysia berjumlah 48 645 tan metrik pada Julai 2021 meningkat 0.1 peratus berbanding dengan Jun 2021 (48,589 tan metrik).

Import dan eksport bagi getah asli pada Julai 2020, Jun 2021 dan Julai 2021 (‘000 tan metrik).

“China kekal sebagai destinasi utama eksport, 44.6 peratus daripada jumlah keseluruhan eksport pada Julai 2021 diikuti Amerika Syarikat (7.7 peratus), Finland (5.0 peratus), Turki (2.8 peratus) dan Mesir (2.7 peratus),” ujarnya.

Mengulas lebih lanjut, prestasi eksport produk getah negara itu disumbangkan oleh produk berasaskan getah asli seperti sarung tangan getah, tayar, tiub, benang getah dan kondom.

Tambahan pula, produk sarung tangan getah merupakan eksport utama dengan nilai RM3.9 bilion pada Julai 2021, menurun sebanyak 39.9 peratus berbanding dengan RM6.4 bilion pada Jun lalu.

Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi