13 September 2021, 12:25

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

KUALA LUMPUR– Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah menitahkan kerajaan supaya mempercepat usaha pemulihan ekonomi negara menerusi penggubalan dasar yang mesra perniagaan dan pelaburan. Hal ini bertujuan untuk meningkatkan lagi daya saing negara dalam aspek ekonomi.

“Perbelanjaan yang sewajarnya perlu disediakan bagi membiayai langkah kesihatan awam, menyediakan bantuan kepada golongan yang terjejas serta sokongan untuk merancakkan aktiviti perniagaan selaras dengan pembukaan ekonomi,” titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong semasa berkenan merasmikan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-14 pada hari ini.

Yang di-Pertuan Agong turut melahirkan keyakinan ekonomi Malaysia akan menunjukkan pemulihan yang selari dengan peningkatan kadar vaksinasi penduduk. “Usaha ini turut memberikan keyakinan kepada semua pemegang taruh dan pelabur,” titah Al-Sultan Abdullah.

Al-Sultan Abdullah turut bertitah, kerajaan perlu membentangkan cadangan di Dewan Rakyat bagi meningkatkan siling perbelanjaan kumpulan wang COVID-19 serta had statutori hutang kerajaan bagi membolehkan perbelanjaan tambahan.

“Peningkatan daya saing negara juga perlu difokuskan terhadap usaha menambah baikkan ekosistem serta persekitaran perniagaan bagi meneroka penciptaan kekayaan baharu dan menambah nilai terutamanya melalui perusahaan mikro kecil dan sederhana (PKS). Titah baginda, perusahaan ini juga perlu diberi galakan supaya dapat menguruskan perniagaan secara digital bagi menjamin akses pasaran yang lebih luas.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.