10 September 2021, 17:53

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

10 SEPTEMBER- 341 bakul makanan diagihkan menerusi Program CSR Hasil Prihatin Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) bagi membantu penduduk yang terjejas akibat pandemik COVID-19 di Kuantan, Pahang dan Bintulu, Sarawak.

Di Pahang, YB Tuan Mohd. Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan menyantuni rakyat dengan turun padang bagi menyampaikan bakul makanan kepada wakil penerima sumbangan di sekitar Kuantan. Sebanyak 141 bakul makanan diagihkan di tiga buah masjid, iaitu di Masjid Al Hidayah Paya Besar, Masjid Lama Permatang Badak dan Masjid Saidina Uthman Affan Bukit Rangin. Turut hadir dalam program tersebut ialah Encik [email protected] Daud, Pengarah Negeri LHDNM Pahang.

Di Bintulu, Sarawak menyaksikan Cik Edith Mason, Pengarah Cawangan LHDNM Bintulu  turut menyempurnakan program penyerahan 200 bakul makanan di Balai Raya Assyakirin kepada penerima dan wakil penerima yang kemudiannya akan diagihkan kepada penduduk di sekitar kawasan Bintulu dengan kerjasama Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian (PKMB) Bintulu dan Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) Bahagian Bintulu.

Turut hadir dalam program tersebut ialah Puan Sharifah Mordiah Syed Ali, Ketua Jabatan PKMB Bintulu dan Encik Zaini Ramli, Ketua Cawangan TBS Bahagian Bintulu. Sehingga kini, sebanyak 10 970 bakul makanan disumbangkan kepada pihak yang memerlukan di seluruh negara melalui Program CSR Hasil Prihatin dengan harapan mampu meringankan beban yang ditanggung oleh rakyat yang terjejas ekoran penularan wabak COVID-19.

Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi