9 September 2021, 15:33

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

KUALA LUMPUR- Melalui pendekatan perniagaan dan langkah konstruktif kerajaan, selain sikap komuniti perniagaan dan rakyat, ekonomi negara dijangka pulih dan membangun semula dengan lebih baik, demikian menurut pandangan Pengerusi Majlis Penasihat Kelab Ekonomi Kuala Lumpur (ECKL), YBhg. Tan Sri Abdul Wahid Omar.

Beliau yang juga Pengerusi Bursa Malaysia menjelaskan, pasaran modal negara pulih dengan ketara pada  Ogos 2021 dengan dana asing muncul sebagai pembeli bersih buat pertama kalinya sejak Jun 2019 dengan aliran masuk bersih sebanyak RM1.1 bilion. Pada masa yang sama, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat sebanyak 7.1 peratus dari bulan ke bulan dan berakhir dengan jumlah 1601 mata pada bulan yang sama.

“Peningkatan ini sebahagiannya disokong oleh keuntungan korporat yang berdaya tahan pada suku kedua tahun 2021 dan meningkat sebanyak 113 peratus berdasarkan penyelidikan Maybank,” tambah beliau semasa berucap pada majlis Sidang Kemuncak Pemulihan Negara anjuran Institut Strategik KSI bagi Asia Pasifik.

Beliau berpandangan bahawa sentimen positif turut dilihat dalam pasaran bon Malaysia dengan pegangan asing meningkat sebanyak RM6.6 bilion pada Ogos 2021, lantas menjadikan aliran masuk bersih setakat tahun ini berjumlah sebanyak RM24.6 bilion.

 

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.