8 September 2021, 21:46

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur  Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) masih meneruskan misi bantuan COVID-19 kepada golongan rentan di Melaka dan Temerloh, Pahang berikutan kesan penularan wabak COVID-19.

Sebanyak 950 bakul makanan telah diagihkan kepada kumpulan sasar ini melalui Program CSR Hasil Prihatin.

Program CSR Hasil Prihatin merupakan satu manifestasi komitmen tanggungjawab sosial LHDNM terhadap masyarakat, khususnya golongan yang amat memerlukan demi kelangsungan hidup dalam tempoh yang mencabar ini.

Puan Zubaidah menyerahkan sumbangan bakul makanan kepada wakil Majlis Agama Islam Melaka.

Di Melaka, sebanyak 750 bantuan bakul makanan telah disampaikan oleh Puan Zubaidah Hamzah, Pengarah Negeri LHDNM Negeri Sembilan/Melaka kepada wakil penduduk. Program ini berlangsung di Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat Melaka Tengah, Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat Jasin, Pusat Islam Melaka, Majlis Agama Islam Melaka dan Menara Hasil Melaka.

Sumbangan bakul makanan diserahkan kepada wakil PSKPDT.

Sementara itu, program CSR Hasil Prihatin turut berlangsung di Temerloh, Pahang, melalui kerjasama Masjid Taman Temerloh Jaya dan Pertubuhan Sukarelawan Kebajikan Penyayang Daerah Temerloh (PSKPDT). LHDNM telah mengagihkan sebanyak 200 bakul makanan kepada penduduk di sekitar Temerloh, Mentakab, Kuala Krau, Lanchang dan mukim berhampiran dengan kawasan tersebut.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.