8 September 2021, 15:08

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang
Isu penurunan duti semasa minyak sawit mentah dipertimbangkan oleh kerajaan India.

New Delhi – Bagi menangani isu inflasi makanan, India mengambil langkah untuk menurunkan cukai import minyak sawit bagi menstabilkan harga minyak masak pengguna pada peringkat tempatan

Menurut laporan media, Economic Times berkata kerajaan sedang mempertimbangkan untuk menurunkan duti semasa minyak sawit mentah (MSM), minyak kacang soya dan minyak bunga matahari kepada 24.75 peratus daripada 30.25 peratus pada masa ini.

Hal ini demikian kerana inflasi pengguna India dijangka meningkat susulan daripada kos bahan api pengangkutan dan harga minyak masak.

Hal ini merupakan langkah awal bagi menangani kadar inflasi makanan dan memastikan harga kekal terkawal ketika musim perayaan.

“Pada Jun lepas, kerajaan bertindak menurunkan cukai import MSM kepada 10 peratus daripada 15 peratus bagi tempoh tiga bulan, mengurangkan duti berkaitan termasuklah levi pertanian dan kebajikan sosial kepada 30.25 peratus daripada 35.75 peratus.

“Sementara itu, pada bulan sama, kerajaan turut bertindak membenarkan import minyak sawit bertapis yang berkuat kuasa sehingga akhir Disember ini,” kata kenyataan media itu memetik daripada sumber rasmi.

Menurut Kementerian Pertanian, India mengimport sejumlah 13.35 juta tan minyak makan dengan 12.47 juta tan dihasilkan pada peringkat domestik pada tahun fiskal 2020 hingga 2021.

Minyak masak dari Malaysia dan Indonesia merupakan penyumbang besar sumber import minyak masak pada India.

 

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.