30 Ogos 2021, 17:02

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang
Tuan Haji Kamarudin, Pengarah Negeri LHDNM Selangor menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada wakil penduduk di Petaling Jaya.

Petaling Jaya – Penyerahan 315 bakul makanan melalui Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Hasil Prihatin yang diusahakan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) masih diteruskan. Kumpulan sasaran pada hari ini ialah penduduk di kawasan Petaling Jaya, Selangor.

Bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN), semua agihan bakul makanan disampaikan melalui wakil penduduk, dan kemudiannya diserahkan pula kepada penerima yang dikenal pasti terjejas akibat pandemik COVID-19.

Program ini disempurnakan oleh Tuan Haji Kamarudin Hashim, Pengarah Negeri LHDNM Selangor, yang bertempat di Tingkat 20, LHDNM Cawangan Petaling Jaya. Sumbangan bakul makanan diagihkan kepada wakil penduduk, termasuklah Wan Mohd Zaid Wan Ismail selaku komuniti di Flora Damansara; Anuar Asmawi (Komuniti Bukit Lanjan) dan Siti Khadijah Samad (Komuniti PPR Kota Damansara).

“Sejajar dengan aspirasi kerajaan yang menekankan konsep prihatin dan sentiasa peka dalam memelihara kebajikan rakyat, sehingga kini sebanyak 5370 bakul makanan disumbangkan kepada golongan rentan dan memerlukan.

“Pelaksanaan program ini akan diteruskan lagi ke seluruh negara dalam masa terdekat dalam usaha LHDNM memastikan rakyat yang kurang berkemampuan tidak diabaikan,” jelas Pengarah Negeri LHDNM Selangor ketika perasmian program tersebut.

Penyerahan sumbangan bantuan bakul makanan kepada penerima.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi