30 Ogos 2021, 11:51

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Berikutan hasrat kerajaan melalui Pelan Infrastruktur Digital Nasional (JENDELA) dan pelaksanaan rangkaian 5G pada akhir tahun 2021, industri fizikal negara kini perlulah melihat pelaburan pada masa depan digitalisasi industri melalui 5G+ sebagai alternatif berhubung dan berinteraksi dengan pengguna dengan lebih signifikan.

Sektor yang memfokuskan perniagaan secara digital, seperti e-dagang, berkemungkinan mampu memimpin transformasi ini. Sebaliknya, tekanan menjadi lebih besar pada industri fizikal, seperti pembuatan, pertanian dan pelabuhan, kerana wabak ini mempengaruhi penurunan aktiviti ekonomi mereka.

Datuk Mohd. Rauf Nasir, Pengarah Urusan Nokia di Malaysia, Maldives dan Sri Lanka.

“Pada saat ini, industri fizikal perlu memanfaatkan teknologi Revolusi Perindustrian Keempat (IR 4.0) dan melihat pelaburan pada masa depan digitalisasi industri melalui 5G+. Bagi mempercepat transformasi digital ini ketika pandemik menyerang, mereka perlu menginovasikan sistem digital dan fizikal untuk untuk kepentingan organisasi,” jelas Pengarah Urusan Malaysia Nokia.

Nokia Bell Labs telah mengenal pasti bahawa rangkaian pemboleh teknologi ekosistem yang memberikan kuasa transformasi pada industri 5G+, ialah rangkaian 5G yang meluas, infrastruktur tepi dan platform awan, sistem kecerdasan dan pembelajaran mesin tambahan, rangkaian peribadi, sensor dan robotik canggih, keselamatan (E2E), dan model perniagaan rangkaian sebagai perkhidmatan.

Menurut Datuk Rauf, industri fizikal perlu berusaha memperoleh hasil daripada transformasi digital  pada kelajuan dan skala yang baik dengan pemboleh 5G dan 5G+ yang melengkapkan secara menyeluruh melalui keuntungan Keselamatan, Produktiviti, dan Kecekapan (SPE). Hal ini merangkumi aspek keselamatan, produktiviti dan kecekapan untuk memanfaatkan sepenuhnya keupayaan operasi, di samping membantu mengehadkan gangguan yang tidak dijangka di laman perindustrian.
Walaupun pelaburan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dijangka menurun ketika wabak ini merebak, maka wujudlah pembangunan inisiatif digitalisasi yang diketuai oleh pemerintah seperti MyDigital Blueprint.

“Usaha pembangunan ini adalah untuk mempercepatkan pelaksanaan 5G pada akhir tahun 2021, dan sekali gus menjadi tulang belakang pada penyambungan negara ke arah transformasi rangkaian 5G+ secara besar-besaran.

“Kita sudah melihat bagaimanakah sektor yang bergantung secara fizikal merangkumi pemboleh 5G+, misalnya pengeluar sarung tangan terkemuka di negara ini sedang mengembangkan kemudahan pengeluaran canggih yang menggunakan teknologi IoT, sementara syarikat teknologi tempatan memperkenalkan sistem parkir pintar berasaskan IoT untuk membantu mengoptimumkan tempat letak kenderaan awam dan mengurangkan kesesakan lalu lintas,” jelasnya lagi.

Ketika Malaysia berlumba-lumba untuk keluar dari krisis semasa melalui penggunaan digital yang lebih besar, industri fizikal akan berada pada posisi yang lebih baik untuk meningkatkan kelebihan daya saing melalui keuntungan SPE, bahkan setelah menempuh gelombang awal adopsi.

Keuntungan ini akan diperkuat dengan penerapan 5G+ di seluruh negara. Hal ini sekali gus dapat mewujudkan lebih banyak peluang bagi industri tersebut untuk menyumbang kepada ekonomi dengan kesan yang lebih besar.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.