24 Ogos 2021, 17:48

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang
Sijil SOP diperkenalkan di Langkawi sebagai persediaan pembukaan aktiviti pelancongan semula.

Rentetan pengumuman pembukaan beberapa sektor ekonomi sejak pertengahan Ogos lalu, memberikan sinar kepada penggiat sektor pelancongan untuk kembali aktif membuka perniagaan seperti sedia kala.

Terkini, Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) mula memperkenalkan sijil pematuhan prosedur operasi standard (SOP) – di bawah Pelan Pemulihan Pelancongan Langkawi 2021–2022.

Pelaksanaan ini bertujuan untuk memberikan jaminan persediaan kepada aktiviti pelancongan ekonomi, setelah perjalanan domestik dibuka semula.

Mengulas tentang kriteria yang ditetapkan pada sijil ini, semua petugas dalam sektor pelancongan perlu melengkapkan pengambilan vaksinasi sebelum pembukaan operasi penuh sesuatu perniagaan tersebut.

“Hal ini merupakan suatu cerminan dan tindakan yang baik sebagai persediaan pembukaan operasi pelancongan kepada masyarakat umum dan penggiat industri. Inisiatif pelaksanaan sijil ini menampilkan Langkawi sebagai destinasi perintis pelancongan.

“Selain itu, hal ini dapat membantu kawasan pelancongan lain turut menerapkan tindakan yang sama, di samping menjana kembali pendapatan operasi,” kata Nasaruddin Abdul Muttalib, Ketua Pegawai Eksekutif LADA.

Menurut Nasaruddin, terdapat beberapa segmen pensijilan pelancongan disediakan yang merangkumi tempat penginapan, peruncitan, agensi pelancongan, hotel dan resort.

“Pendekatan perolehan sijil sukarela ini telah mengambil usahasama dengan Akademi Pelancongan Langkawi bersama Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan beberapa pihak yang lain. Dengan wujudnya usaha ini, sektor pelancongan mampu meningkatkan semula pertumbuhan domestik Malaysia”, katanya lagi.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.