15 Jul 2021, 12:17

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur, 15 Julai 2021 – Meskipun harga pasaran sebenar bagi petroluem telah meningkat melebihi paras harga siling yang ditetapkan, Kerajaan masih mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter.

Menurut Kementerian Kewangan Malaysia, perkara ini dilaksanakan bagi melindungi pengguna daripada terkesan disebabkan oleh kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global.

Berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM), harga runcit produk petroleum bagi tempoh 15 Julai 2021 hingga 28 Julai 2021 adalah ditetapkan seperti berikut:

Dalam usaha ini, Kerajaan akan sentiasa memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang signifikan bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara, lebih-lebih lagi ketika pandemik COVID-19 ini.

Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

Yang Berkaitan