8 Jul 2021, 08:33

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Bank tempatan telah meluluskan sebanyak RM12.14 bilion pembiayaan mudah yang dikendalikan oleh Bank Negara Malaysia kepada 25 711 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) setakat 11 Jun 2021.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz berkata, jumlah berkenaan termasuk dana Special Relief Facility (SRF), Automation and Digitalisation Facility (ADF), All-Economic Sector Facility (AES) dan Agrofood Facility (AF).

“Walaupun dana SRF telah dimanfaatkan sepenuhnya, PKS masih boleh memohon skim pembiayaan yang masih tersedia melalui Tabung BNM seperti ADF, AES dan AF.

PKS juga boleh mendapatkan pembiayaan lain melalui platform imSME  boleh membantu dalam membuat padanan pembiayaan yang diperlukan dengan pelbagai penyedia dana untuk PKS,” kata beliau dalam Laporan LAKSANA Ke-58.

Sementara itu, sebanyak 331 permohonan dengan pembiayaan berjumlah RM65.9 juta telah diluluskan untuk sektor pelancongan di bawah pakej rangsangan, Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA).

Tambah Tengku Zafrul, kerajaan sebelum ini memperuntukkan sebanyak RM600 juta untuk PKS dan PKS mikro yang masih terkesan dengan penularan COVID-19.

Mengulas mengenai sokongan penggunaan teknikal dan digital, Tengku Zafrul berkata, sebanyak RM67.7 juta disalurkan kepada 13 870 PKS dan syarikat di peringkat pertengahan (MTC).

Bantuan itu diberikan dalam bentuk geran dan pinjaman untuk langganan perkhidmatan digitalisasi, jelas beliau lanjut.

Bagi bantuan Skim Pembiayaan Mikrokredit Agrobank pula, beliau berkata, sebanyak RM161.46 juta telah disalurkan oleh kerajaan untuk memanfaatkan 13 229 PKS mikro pertanian setakat 11 Jun lalu.

“Pembiayaan bernilai RM400 juta telah diperuntukkan bagi golongan petani, peladang dan nelayan.

“Di bawah skim ini, RM350 juta merupakan peruntukan di bawah Skim Pembiayaan Mikrokredit Agrobank,” katanya.

Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi