30 Jun 2021, 12:22

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Baru-baru ini, Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) melantik Datuk Amirul Feisal Wan Zahir sebagai Pengarah Urusan Khazanah yang berkuat kuasa pada 16 Julai 2021.

Datuk Amirul Feisal Wan Zahir.

Dalam kenyataan media, Amirul Feisal, 51, bakal menggantikan Datuk Shahril Ridza Ridzuan yang akan melepaskan jawatan tersebut apabila kontraknya tamat kelak bagi menumpukan perhatian kepada usaha peribadi.

Khazanah menjelaskan bahawa Lembaga Pengarah mengalu-alukan pelantikan Amirul Feisal dan yakin bahawa berdasarkan kepakaran dan pengalaman beliau, Khazanah akan terus maju dalam usaha menyampaikan mandat yang diberikan.

“Lembaga Pengarah turut menyampaikan penghargaan kepada Datuk Shahril atas jasa dan sumbangan beliau sepanjang berkhidmat sebagai Pengarah Urusan, terutamanya kejayaan dalam mengetuai pelaksanaan strategi yang telah menyaksikan Khazanah berada pada kedudukan yang kukuh, bahkan mampu mengharungi persekitaran yang mencabar akibat penularan pandemik COVID-19,” jelas beliau dalam kenyataan itu.

Menurut laporan,  Datuk Amirul mempunyai pengalaman banyak dalam sektor kewangan. Antaranya beliau pernah berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan di Malayan Banking Berhad (Maybank); Pengarah Urusan Kumpulan di Chemical Company of Malaysia Berhad (CCM); Naib Presiden Eksekutif, Projek Khas di Permodalan Nasional Berhad (PNB); Pengarah Urusan, Ketua Perbankan Pelaburan di Maybank Investment Bank Berhad; Pengarah Eksekutif di Binafikir Sdn. Bhd. dan banyak lagi.

Amirul Feisal merupakan Ahli Perbankan Bertauliah Institut Bank Berkanun Asia, Ahli Institut Akauntan Malaysia dan Felo Institute of Chartered Accountants England and Wales. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Ekonomi (Perakaunan dan Kewangan) dari London School of Economics.

Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi