29 Jun 2021, 12:28

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Susulan daripada pengumuman pelanjutan fasa pertama Pelan Pemulihan Negara (PPN), Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) mengambil inisiatif dengan memberikan kelonggaran bagi tarikh akhir pengemukaan Borang Nyata Cukai untuk beberapa kategori pembayar cukai.

Inisiatif ini diambil sebagai kelonggaran kepada pembayar cukai dan memberikan lebih masa kepada mereka dalam menyediakan dokumen dan maklumat percukaian yang perlu diisytiharkan kepada LHDNM.

Kategori Pembayar Cukai yang Terlibat

 Bil. Kategori Pembayar Cukai Tahun Taksiran Tambahan Masa bagi Pengemukaan Borang Nyata Cukai dan Bayaran Baki Cukai
1. Individu, Perkongsian, Pertubuhan, Harta Pusaka dan Keluarga Sekutu Hindu (yang menjalankan perniagaan). 2020 Sehingga 31 Ogos 2021
2. Syarikat, Koperasi, Perkongsian Liabiliti Terhad dan Badan Amanah (Tempoh perakaunan berakhir 1 Oktober 2020 hingga 31 Disember 2020). 2020 2 bulan*
3. Syarikat, Koperasi, Perkongsian Liabiliti Terhad dan Badan Amanah (Tempoh perakaunan berakhir 1 Januari 2021 hingga 31 Januari 2021). 2021 2 bulan*
4. Petroleum (Tempoh perakaunan berakhir 1 Oktober 2020 hingga 31 Disember 2020). 2020 2 bulan*
5. Petroleum (Tempoh perakaunan berakhir 1 Januari 2021 hingga 31 Januari 2021). 2021 2 bulan*

Nota: (*) Dari tarikh akhir pengemukaan Borang Nyata Cukai seperti yang termaktub dalam akta berkaitan.

Bagi panduan yang lebih terperinci berkenaan dengan pengemukaan Borang Nyata Cukai dan urusan percukaian sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dilaksanakan, pelanggan/pemohon boleh membuat rujukan di portal rasmi LHDNM.
(a) Program Memfail Borang Nyata bagi tahun 2021.
(b) Soalan lazim berkaitan dengan urusan percukaian dalam tempoh PKP 3.0.

Sebarang pertanyaan atau maklum balas berhubung dengan perkara ini, pemohon boleh menyalurkannya melalui:
(a) Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara);
(b) HASiL Live Chat; dan
(c) Borang maklum balas di laman web LHDNM (Maklum Balas Pelanggan)

 

Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi