28 Jun 2021, 13:15

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Selaras dengan pengumuman kerajaan berkaitan dengan pelanjutan fasa pertama Pelan Pemulihan Negara, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) akan menyediakan beberapa perkhidmatan bantuan kepada golongan yang terkesan.

Perkhidmatan LHDNM yang ditawarkan ialah:

  1. Permohonan Rayuan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR);
  2. Penyeteman dan Bayaran Duti Setem; dan
  3. Kemudahan Kaunter Pusat Bayaran.

1) Permohonan Rayuan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) sehingga 30 Jun 2021

  • Secara dalam talian; atau
  • Melalui kaunter perkhidmatan di Pejabat Cawangan, Pejabat Satelit, Pusat Khidmat Hasil (PKH) melalui janji temu di portal rasmi BPR.
    Waktu operasi: 8.00 pagi – 12.00 tengah hari (berdasarkan hari bekerja di setiap negeri); atau
  • Menerusi kemudahan peti pelbagai (drop box) di Pejabat Cawangan, Pusat Satelit, PKH dan Pejabat Daerah di Sabah dan Sarawak berdasarkan waktu operasi pejabat berkenaan.

2) Penyeteman dan Bayaran Duit Setem

  • Kaunter Duti Setem hanya akan beroperasi di Pusat Setem Cawangan (PSC).
  • Waktu operasi: 8.00 pagi – 12.00 tengah hari (berdasarkan hari bekerja di setiap negeri) melalui janji temu di portal rasmi BPR.
  • Janji temu dibuka kepada pelanggan dan pembayar duti individu yang tidak boleh mendaftar sebagai pengguna Stamp Assessment and Payment System (STAMPS) sahaja.
  • Pembayar duti selain individu (Ejen STAMPS) diwajibkan untuk mengemukakan permohonan dan bayaran secara dalam talian melalui STAMPS. Janji temu Ejen STAMPS di kaunter hanya untuk kes tertentu yang tidak boleh dilakukan melalui STAMPS.
  • Semua permohonan janji temu untuk urusan duti setem boleh dilakukan melalui e-mel atau panggilan telefon kepada PSC dengan merujuk senarai nombor perhubungan dan e-mel. (Pautan pantas)

3) Kemudahan Kaunter Pusat Bayaran

Beroperasi di Pusat Bayaran Kuala Lumpur, Pusat Bayaran Kota Kinabalu dan Pusat Bayaran Kuching seperti yang berikut:

Perkhidmatan Waktu Operasi
Bayaran Tunai dan Cek:
– Cukai Pegangan;
– Seniman Kembara;
– Cukai Keuntungan Harta Tanah oleh Pemeroleh; dan
– Kompaun.

Bayaran Menggunakan Kad Kredit dan Kad Debit:
– Cukai pendapatan dan cukai lain.

Isnin – Jumaat
8.00 pagi – 12.00 tengah hari
Perkhidmatan Lain Secara dalam talian sahaja

Sehubungan dengan itu, soalan lazim berkaitan dengan urusan percukaian dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 telah dikemas kini pada 26 Jun 2021 untuk tujuan kemudahan rujukan kepada pelanggan.

 

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.