Oleh Fauzi Osman
23 Jun 2021, 13:27

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – MSM Malaysia Holdings Bhd. (MSM), pengeluar gula bertapis terkemuka negara, mengumumkan pelantikan Syed Feizal Syed Mohammad, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan sebagai Profesor Adjung oleh Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bagi Sekolah Perniagaan Antarabangsa Azman Hashim (AHIBS).

MSM pengeluar gula bertapis terkemuka di Malaysia.

Pelantikan yang bermula pada 15 Jun lalu selama setahun itu bakal memberi peluang kepada beliau untuk menyumbang kepada UTM AHIBS dalam aspek pengetahuan industri khususnya berkaitan kepimpinan, perniagaan, pengurusan, inovasi serta keusahawanan. Beliau juga akan menganjurkan sesi syarahan, seminar dan dialog bersama-sama kakitangan akademik dan pelajar AHIBS.

Saya amat menghargai dan berbesar hati terhadap peluang yang diberikan oleh UTM AHIBS untuk saya berkongsi ilmu, pengalaman dan kemahiran dalam memastikan kesediaan dan melahirkan pemimpin industri masa hadapan.

Saya percaya pendekatan universiti melalui kerjasama industri-akademik ini dapat mengoptimumkan pembelajaran, kajian dan tesis pelajar bagi projek MBA mereka berserta aplikasi kemahiran secara praktikal.

Syed Feizal Syed Mohammad, CEO MSM.

Syed Feizal menjelaskan melalui pelantikan itu juga, beliau akan sentiasa mencari peluang untuk menyumbang semula kepada pendidikan dan platform ini digunakan sebaik-baiknya. Beliau akan berkongsi ilmu dan saling bertukar pendapat dengan rakan kepimpinan lain untuk membantu memberikan rujukan dan pandangan untuk pemimpin masa hadapan.

Baru-baru ini, Kumpulan telah melancarkan Program Prodigi MSM sebagai satu daripada langkah sumbangan kepada komuniti terutamanya bagi lepasan universiti yang masih belum mendapatkan pekerjaan ekoran situasi ekonomi semasa.

Program ini bertujuan untuk memperkasakan kebolehpasaran graduan muda selaras dengan peluang yang telah sediakan bagi pembangunan berterusan melalui latihan pekerjaan, kemahiran insaniah serta bimbingan pakar.

Pada akhir program, Prodigi yang berkelayakan akan turut berpeluang untuk diserap sebagai tenaga kerja MSM atau mendapatkan pekerjaan di tempat lain berdasarkan kesediaan mereka untuk memasuki alam pekerjaan.

Program Prodigi MSM menyediakan pembangunan latihan pekerjaan, kemahiran insaniah dan bimbingan pakar kepada komuniti, khususnya pelajar lepasan universiti.
Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

Yang Berkaitan

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.